Kecenderungan penggunaan makanan fungsian sunnah dalam kalangan mahasiswa di Malaysia (IR)

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi kecenderungan penggunaan makanan fungsian sunnah dalam kalangan mahasiswa menggunakan Teori Tingkah Laku Terancang (Theory of Planned Behaviour, TPB). Tiga pemboleh ubah teori TPB iaitu sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rozilah Hamdan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3822
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi kecenderungan penggunaan makanan fungsian sunnah dalam kalangan mahasiswa menggunakan Teori Tingkah Laku Terancang (Theory of Planned Behaviour, TPB). Tiga pemboleh ubah teori TPB iaitu sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku dianalisis bersama-sama dengan pemboleh ubah pengantara iaitu tuntutan manfaat kesihatan. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan menggunakan instrumen soal selidik dalam pengumpulan data. Seramai 422 orang pelajar telah dipilih untuk menjadi sampel kajian berdasarkan kaedah persampelan rawak kluster satu peringkat. Statistik deskriptif dan inferens digunakan untuk menganalisis objektif kajian. Dapatan kajian menunjukkan pemboleh ubah norma subjektif ( = 0.129, p <0.05) dan kawalan tingkah laku ( = 0.212, p <0.05) terhadap kecenderungan menggunakan makanan fungsian sunnah mempengaruhi secara signifikan. Dapatan kajian juga menunjukkan wujudnya pengaruh pengantara separa yang signifikan antara faktor sikap ( = 0.068, p