Pengaruh kepimpinan guru terhadap penambahbaikan budaya sekolah di sekolah rendah kebangsaan di daerah Petaling Perdana (IR)

Kajian ini bertujuan untuk menyelidik pengaruh kepimpinan guru terhadap penambahbaikan budaya di Sekolah Rendah Kebangsaan di Daerah Petaling Perdana. Reka bentuk kuantitatif dengan pendekatan deskriptif secara tinjauan digunakan dalam kajian ini. Pemilihan sekolah dijalankan secara persampelan sist...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Nurulain Hamzah
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2018
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3823
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan untuk menyelidik pengaruh kepimpinan guru terhadap penambahbaikan budaya di Sekolah Rendah Kebangsaan di Daerah Petaling Perdana. Reka bentuk kuantitatif dengan pendekatan deskriptif secara tinjauan digunakan dalam kajian ini. Pemilihan sekolah dijalankan secara persampelan sistematik di mana 20 buah sekolah rendah kebangsaan telah dipilih di daerah Petaling Perdana, Selangor. Kaedah pensampelan rawak telah digunakan untuk memilih seramai 357 orang guru terlatih. Instrumen soal selidik yang digunakan dalam kajian ini. Analisis deskriptif dilakukan untuk menjelaskan tahap kepimpinan guru dan tahap penambahbaikan budaya sekolah, manakala ujian regresi berganda dijalankan untuk menganalisis pengaruh antara pemboleh ubah. Dapatan kajian menunjukkan tahap kepimpinan guru dan tahap penambahbaikan budaya sekolah berada pada tahap tinggi. Analisis regresi pula menunjukkan kepimpinan guru merupakan faktor peramal yang memberikan sumbangan yang signifikan (R = .539) ke atas penambahbaikan budaya sekolah. Namun, hanya dua komponen dalam kepimpinan guru merupakan faktor peramal bagi penambahbaikan budaya sekolah iaitu Pengajaran dan Pembelajaran ( = 0.246 dan p = 0.00) serta Budaya Kerjasama ( = 0.385 dan p = 0.00). Kesimpulan daripada kajian menunjukkan kepimpinan guru sememangnya mempengaruhi penambahbaikan budaya sekolah. Implikasi kajian diharap dapat memberi kesedaran kepada para guru bahawa kepimpinan guru meliputi konteks dalam dan luar sekolah serta dapat meningkatkan budaya sekolah yang positif.