Daya tampung dan tahap kepuasan pengguna terhadap kemudahan sosial di mukim Serendah (IR)

Kajian ini bertujuan mengkaji daya tampung dan tahap kepuasan pengguna terhadap kemudahan sosial yang sedia ada di Mukim Serendah. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan telah digunakan dalam kajian ini. Aspek daya tampung kemudahan sosial dianalisis berdasarkan Garis Panduan Perancangan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Faizul Muhammad
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3824
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengkaji daya tampung dan tahap kepuasan pengguna terhadap kemudahan sosial yang sedia ada di Mukim Serendah. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan telah digunakan dalam kajian ini. Aspek daya tampung kemudahan sosial dianalisis berdasarkan Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBD). Pensampelan rawak mudah berstrata digunakan untuk memilih seramai 400 orang responden di kawasan Mukim Serendah. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferens. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan daya tampung kemudahan sosial terpilih mengikut kawasan di Mukim Serendah. Kemudahan sosial yang paling banyak tidak memenuhi piawaian seperti digariskan oleh pihak JPBD adalah di Bukit Beruntung. Hampir kesemua kemudahan pendidikan tadika pula memenuhi piawaian seperti yang digariskan oleh pihak JPBD dan selari dengan pandangan pengguna terhadap daya tampung kemudahan tersebut. Tahap kepuasan pengguna pula menunjukkan kemudahan sosial di Mukim Serendah berada pada tahap sederhana sehingga tahap amat tidak memuaskan. Keputusan ujian khi kuasa dua menunjukkan wujud perbezaan bagi kemudahan pendidikan tadika iaitu ( x =35.133, p