Penglibatan orang Cina dalam industri penghasilan makanan di Butterworth, 1957-2000 (IR)

Kajian ini memfokuskan tentang penglibatan orang Cina dalam industri penghasilan makanan di Butterworth pada tahun 1957 hingga 2000. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penglibatan dan perkembangan perniagaan orang Cina dalam industri ini. Penglibatan orang Cina dalam industri ini selepas merd...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Tan, Soon Chin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3825
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini memfokuskan tentang penglibatan orang Cina dalam industri penghasilan makanan di Butterworth pada tahun 1957 hingga 2000. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penglibatan dan perkembangan perniagaan orang Cina dalam industri ini. Penglibatan orang Cina dalam industri ini selepas merdeka dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti pewarisan, modal, jaringan perniagaan dan dasar kerajaan. Faktor-faktor ini memainkan peranan penting bagi menjamin perkembangan dan kestabilan perniagaan orang Cina dalam industri penghasilan makanan pada tempoh tersebut. Kaedah penyelidikan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif dengan memberi penekanan kajian secara analisis dokumen. Rujukan telah dibuat pada dokumen-dokumen yang terdapat di Arkib Negara Malaysia dan Arkib Negeri Cawangan Negeri Pulau Pinang seperti Strait Settlement Record, Warta Kerajaan Negeri Pulau Pinang, fail Setiausaha Kerajaan Negeri, minit mesyuarat dan telegram. Selain itu, rujukan juga dibuat pada dokumen dalam bahasa Cina seperti minit mesyuarat, majalah terbitan dan laporan di Dewan Perniagaan Tionghua Pulau Pinang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peniaga Cina dalam industri ini telah menghadapi pelbagai cabaran seiring dengan perubahan isu politik dan ekonomi semasa. Perkembangan dan kestabilan perniagaan orang Cina juga dipengaruhi oleh dasar kerajaan yang dijalankan sepanjang tempoh kajian. Kajian juga membuktikanikatan kekeluargaan yang kuat pada tempoh selepas merdeka telah menjadi tulang belakang kepada perkembangan perniagaan orang Cina dalam industri ini. Walau bagaimanapun, ia semakin longgar mulai era 1990-an disebabkan oleh sikap anak anak tidak ingin mewarisi perniagaan yang bersifat tradisional. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan orang Cina telah berusaha mengadakan pelbagai pembaharuan demi mempertahankan perniagaan mereka walaupun perniagaan tersebut kurang berkembang pada peringkat awal. Oleh itu, kajian ini sangat penting khususnya dalam memahami perubahan serta kelangsungan penglibatan orang Cina dalam industri penghasilan makanan di Butterworth pada tempoh tersebut.