Perubahan pengaruh kasta dan agama dalam komuniti Chettiar di semenanjung Malaysia 1957-2010 (IR)

Objektif kajian ini bertujuan untuk membincangkan sejarah dan latar belakang komuniti Chettiar di Semenanjung Malaysia dari tahun 1957 sehingga 2010 yang merangkumi aspek kedatangan, pertapakan, kegiatan ekonomi, hubungan Chettiar serta kasta dan agama. Selain itu, kajian ini juga membincangkan peru...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nagaeswary Sathivheil
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3836
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Objektif kajian ini bertujuan untuk membincangkan sejarah dan latar belakang komuniti Chettiar di Semenanjung Malaysia dari tahun 1957 sehingga 2010 yang merangkumi aspek kedatangan, pertapakan, kegiatan ekonomi, hubungan Chettiar serta kasta dan agama. Selain itu, kajian ini juga membincangkan perubahan pengaruh kasta khususnya dalam adab makan, perkahwinan dan hubungan Chettiar dengan masyarakat dalam dan luar komuniti mereka. Di samping itu, kajian ini juga menganalisis perubahan pengaruh kasta dan agama dalam komuniti Chettiar dengan memfokuskan kepada aspek pengurusan kuil, perayaan keagamaan dan hubungan Chettiar di negara ini dengan kuil di India. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis dokumen, pemerhatian dan temu bual. Dapatan kajian menunjukkan dominasi pengaruh kasta dalam komuniti Chettiar mulai mengalami perubahan bermula daripada tahun 1980-an. Sementara itu, penglibatan Chettiar dalam institusi keagamaan di Semenanjung Malaysia didapati masih mempunyai ciri yang sama sepanjang tempoh kajian. Begitu juga dengan perubahan dalam hubungan Chettiar di negara ini dengan kuil di India didapati hanya bermula sekitar tahun 1980-an. Dapatan kajian ini juga mengenal pasti beberapa faktor yang menyumbang kepada perubahan pengaruh kasta dan agama dalam komuniti Chettiar, iaitu faktor ekonomi, petempatan dan tahap pendidikan. Secara keseluruhannya, kajian ini memberi pendedahan kepada masyarakat di negara ini dalam memahami pensejarahan Malaysia khususnya dari perspektif sejarah sosial dan sejarah Malaysia amnya.