Pengaruh tingkah laku terancang dan personaliti proaktif terhadap hasrat keusahawanan pelajar (IR)

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengaruh tingkah laku terancang dan personaliti proaktif terhadap hasrat keusahawanan dalam kalangan pelajar Pra- Universiti di Negeri Kedah. Dalam kajian ini, sebanyak 179 set soal selidik telah berjaya dikumpul yang membawa kepada 73.68% kadar tindak b...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Amizan Saidon
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3867
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengaruh tingkah laku terancang dan personaliti proaktif terhadap hasrat keusahawanan dalam kalangan pelajar Pra- Universiti di Negeri Kedah. Dalam kajian ini, sebanyak 179 set soal selidik telah berjaya dikumpul yang membawa kepada 73.68% kadar tindak balas. Pendekatan kuantitatif dengan ujian korelasi dan ujian regresi pelbagai telah digunakan untuk melaksanakan analisis statistik daripada data kajian. Analisis kebolehpercayaan dan analisis faktor pengesahan telah dijalankan. Hasil kajian menunjukkan bahawa sikap terhadap tingkah laku, norma subjektif, kawalan tingkah laku yang dilihat dan personaliti proaktif mempunyai hubungan yang signifikan terhadap hasrat keusahawanan. Sikap terhadap tingkah laku merupakan pembolehubah yang paling mempengaruhi hasrat keusahawanan pelajar. Kajian ini juga telah menyumbang kepada literatur dalam pengaruh TPB dan personaliti proaktif terhadap hasrat keusahawanan pelajar. Implikasi kajian menunjukkan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia umumnya dan pihak sekolah khasnya boleh meningkatkan keinginan pelajar untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.