Pengaruh faktor dalaman dan luaran terhadap prestasi pelajar dalam mata pelajaran Ekonomi Asas di daerah Port Dickson (IR)

Objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi prestasi pelajar dalam mata pelajaran Ekonomi Asas. Seramai 74 orang pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran tersebut di daerah Port Dickson telah dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen ka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jeyaganesh Sellvaraju
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3868
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi prestasi pelajar dalam mata pelajaran Ekonomi Asas. Seramai 74 orang pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran tersebut di daerah Port Dickson telah dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen kajian yang diguna pakai adalah borang soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif, korelasi Pearson dan ujian regresi pelbagai. Dapatan analisis korelasi menunjukkan faktor pencapaian lalu (r=0.446, p=0.000), persekitaran sekolah (r= 0.326, p=0.005), keluarga(r=0.361, p=0.002) dan rakan sebaya (r=0.277, p=0.017) mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan prestasi pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Sementara itu, dapatan analisis regresi pula membuktikan bahawa faktor sikap (β=1.283, p=0.048) dan pencapaian lalu (β=2.285, p=0.002) mempengaruhi prestasi pelajar dalam mata pelajaran Ekonomi Asas. Faktor-faktor lain iaitu minat, guru, persekitaran sekolah, keluarga dan rakan sebaya didapati tidak mempengaruhi prestasi mata pelajaran tersebut. Implikasi dapatan kajian mengetengahkan kepentingan penetapan syarat-syarat yang sesuai bagi pelajar yang ingin mengambil mata pelajaran Ekonomi asas di tingkatan empat. Kajian ini juga turut mencadangkan pelaksanaan sistem mentor-mentee bagi meningkatkan prestasi pelajar.