Kajian ciri personaliti kreatif dalam kalangan murid pintar akademik (IR)

Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap ciri personaliti kreatif dalam kalangan murid pintar akademik (PA) dan menentukan perbezaan ciri personaliti kreatif berdasarkan jantina dan jenis sekolah. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kaedah tinjauan telah digunakan dalam kajian ini. Sampel kaj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ummu Aiman Ismail
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3869
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap ciri personaliti kreatif dalam kalangan murid pintar akademik (PA) dan menentukan perbezaan ciri personaliti kreatif berdasarkan jantina dan jenis sekolah. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kaedah tinjauan telah digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian dipilih secara pensampelan bertujuan dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) aliran Kelas Rancangan Khas (KRK). Seramai 120 orang murid Tingkatan Dua yang memperoleh 5A dalam peperiksaan peringkat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) terlibat sebagai sampel kajian, berdasarkan model pintar cerdas Gagne dan Piirto. Data diperoleh melalui soal selidik Inventori Personaliti Kreatif yang dibina berdasarkan empat konstruk sahaja daripada lima konstruk dalam Five Core Attitudes (Piirto). Dapatan kajian menunjukkan sampel murid PA ini mempunyai tahap ciri personaliti kreatif yang tinggi secara keseluruhan (M=3.83, SP=.3031), dan dalam keempat-empat aspek konstruk dalam ciri personaliti kreatif iaitu keterbukaan terhadap pengalaman, toleransi terhadap kesamaran, pengambilan risiko, dan disiplin kendiri. Kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam ciri personaliti kreatif secara keseluruhan berdasarkan jantina. Walau bagaimanapun, hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan ciri personaliti kreatif yang signifikan berdasarkan jenis sekolah. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan faktor jenis sekolah mempengaruhi ciri personaliti kreatif murid PA dalam aspek toleransi terhadap kesamaran dan pengambilan risiko. Implikasi kajian ini memberi petunjuk bahawa jenis sekolah amat berperanan dalam membentuk personaliti kreatif murid. Justeru, aspek personaliti kreatif ini boleh dijadikan asas kepada kajian masa depan yang berhubungkait dengan perkembangan kreativiti.