Perbandingan pencapaian komponen kecergasan dengan kemahiran spesifik bola sepak di antara pemain bola sepak bawah 12 tahun daerah Gombak dan daerah Petaling Perdana (IR)

Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan program latihan sedia ada terhadap pencapaian komponen kecergasan dan kemahiran spesifik bola sepak di antara pemain bola sepak daerah Gombak dan pemain bola sepak daerah Petaling Perdana. Sampel kajian terdiri daripada 16 orang pemain bola sepak daerah Gomba...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Asrezamane Zakaria
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3871
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan program latihan sedia ada terhadap pencapaian komponen kecergasan dan kemahiran spesifik bola sepak di antara pemain bola sepak daerah Gombak dan pemain bola sepak daerah Petaling Perdana. Sampel kajian terdiri daripada 16 orang pemain bola sepak daerah Gombak dan 16 orang pemain bola sepak daerah Petaling Perdana berumur 12 tahun yang mengikuti program latihan daerah masing-masing. Instrumen kajian yang digunakan ialah empat jenis ujian kecergasan iaitu ujian Lari Pecut 20 meter, ujian Lompat Jauh Berdiri, ujian Pacer (Multistage Fitness Test) dan ujian Lari Ulang Alik 10 meter. Manakala tiga jenis ujian yang digunakan untuk menguji kemahiran spesifik bola sepak adalah ujian kepantasan menggelecek bola, ujian ketepatan menjaring bola dan ujian ketepatan hantaran bola. Hasil analisis ujian-t sampel tidak bersandar menunjukkan tidak terdapat perbezaan dari segi skor ujian kecergasan dan kemahiran spesifik bola sepak di antara pemain bola sepak daerah Gombak dan pemain bola sepak daerah Petaling Perdana iaitu ujian Pacer (Multistage Fitness Test) p = .705, ujian tahap ketangkasan p = .406, ujian tahap kelajuan p = .731, ujian kepantasan mengelecek bola p = 1.00, ujian ketepatan menjaringkan gol p = .215 dan ujian ketepatan menghantar bola p = .619. Ujian kuasa sahaja menunjukkan perbezaan yang signifikan tetapi perbezaan nilai min di antara kedua-dua pasukan ini hanya 0.15. Sebagai rumusan, penyelidik berpendapat, walaupun program latihan kedua-dua kumpulan berkesan dengan dapatan kajian yang hampir sama, program latihan ini perlu dikaji semula dan dibuat penambahbaikan dari segi faktor kesesuaian prinsip dan kaedah latihan dalam program latihan, perancangan periodisasi yang sistematik, kemahiran psikologi dan penilaian berkala dari aspek fizikal dan mental. Selain daripada itu, jurulatih daerah Gombak perlu mempelbagaikan kaedah latihan dengan mengintegrasikan program latihan bola masteri dan kemahiran psikologi sepertimana yang dilaksanakan oleh pasukan daerah Petaling Perdana supaya mencapai prestasi yang setanding dengan pasukan daerah Petaling Perdana.