Sejarah pembangunan pertanian negeri Melaka di bawah agensi pertanian persekutuan, 1970-1990 (IR)

Objektif kajian ini bertujuan untuk mengalurkan perkembangan ekonomi pertanian masyarakat Melayu di Melaka selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sehingga ia ditamatkan pada tahun 1990. Kajian ini juga bertujuan untuk membincangkan peranan agensi pertanian persekutuan FELDA, RISDA dan FELCRA d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurdiyawati Abidin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3876
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Objektif kajian ini bertujuan untuk mengalurkan perkembangan ekonomi pertanian masyarakat Melayu di Melaka selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sehingga ia ditamatkan pada tahun 1990. Kajian ini juga bertujuan untuk membincangkan peranan agensi pertanian persekutuan FELDA, RISDA dan FELCRA dalam melaksanakan matlamat DEB iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat serta kesannya terhadap perkembangan pertanian yang merubah sosioekonomi masyarakat di Melaka. Kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis perubahan perkembangan sosioekonomi kesan daripada pembangunan pertanian melalui peranan agensi pertanian di Melaka. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis dokumen dan temu bual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi luar bandar, khususnya dari aspek pembangunan kesejahteraan masyarakat pada keseluruhannya adalah sangat positif. Dapatan kajian juga mendapati taraf kehidupan masyarakat Melayu luar bandar di Melaka meningkat dimanifestasikan melalui peningkatan di dalam pendapatan bulanan. Selain itu, didapati keluasan ekar tanah pertanian juga semakin meningkat manakala kadar peratusan kemiskinan pula menunjukkan penurunan. Pelaksanaan DEB telah memberi peluang kepada agensi pertanian persekutuan seperti FELDA, RISDA dan FELCRA untuk melaksanakan matlamat DEB melalui serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa peranan yang dimainkan oleh agensi pertanian persekutuan seperti FELDA, RISDA dan FELCRA telah meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat Melayu di Melaka. Implikasi kajian ini memberi sumbangan yang penting kepada masyarakat di negara ini dalam konteks untuk memahami peranan agensi pertanian persekutuan dalam memajukan masyarakat Melayu luar bandar khususnya di negeri Melaka.