Mereke bentuk strategi metakognitif berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi untuk pengajaran dan pembelajaran bacaan Bahasa Melayu (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk pengajaran menggunakan strategi bacaan metakognitif berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) untuk pengajaran dan pembelajaran pemahaman bacaan Bahasa Melayu. Kajian juga bertujuan untuk meningkatkan penguasaan KBAT dalam pembelajaran pelajar dan peng...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Maziyah Mohammad
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3884
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk pengajaran menggunakan strategi bacaan metakognitif berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) untuk pengajaran dan pembelajaran pemahaman bacaan Bahasa Melayu. Kajian juga bertujuan untuk meningkatkan penguasaan KBAT dalam pembelajaran pelajar dan pengaplikasian KBAT dalam pengajaran guru. Kajian melibatkan dua fasa iaitu membina reka bentuk pengajaran dan menilai kesesuaian reka bentuk pengajaran yang dibina. Pembinaan reka bentuk pengajaran dilaksanakan dengan berpandukan kepada langkah-langkah yang terkandung dalam Model Reka Bentuk Pengajaran Dick and Carey. Penilaian kesesuaian reka bentuk pengajaran melibatkan tiga kategori peserta kajian iaitu seorang pakar, tiga orang guru dan tiga puluh enam orang pelajar. Kajian yang dijalankan, bersifat reka bentuk dan pembangunan dengan menggunakan kaedah kualitatif. Sumber dokumen digunakan dalam membina reka bentuk pengajaran. Instrumen pemerhatian dan temu bual digunakan bagi menilai kesesuaian pelaksanaannya dalam pengajaran dan pembelajaran pemahaman bacaan Bahasa Melayu. Data dianalisis secara diskriptif dan diproses secara manual berpandukan Model Interaktif Komponen Analisis Data. Hasil analisis kajian mendapati peserta pakar dan peserta guru bersetuju bahawa Reka Bentuk Strategi Metakognitif - Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (SM-KBAT) sesuai untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pemahaman bacaan Bahasa Melayu. Pelajar didapati mampu mengikuti setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Kesimpulan kajian menunjukkan, Reka Bentuk SM-KBAT sesuai untuk pengajaran pemahaman bacaan Bahasa Melayu. Isi kandungan pengajaran adalah relevan, objektif pengajaran boleh dicapai, strategi pengajaran boleh dilaksanakan dan berupaya menarik minat pelajar. Implikasi kajian menunjukkan Reka Bentuk SMKBAT sesuai untuk dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran pemahaman bacaan Bahasa Melayu. Penggunaan Reka Bentuk SM-KBAT dapat meningkatkan penguasaan KBAT pelajar dan pengaplikasian KBAT dalam pengajaran guru.