Pencapaian kualiti dalam penulisan karangan mod eksposisi berdasarkan pendekatan kontekstual (IR)

Kajian ini bertujuan mengkaji pencapaian kualiti penulisan karangan mod eksposisi oleh pelajar berdasarkan Pendekatan Kontekstual. Reka bentuk kajian ialah kuantitatif dan kualitatif. Kajian kuantitatif menggunakan kaedah kuasi eksperimen, manakala kualitatif menggunakan kaedah analisis karangan. Ka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: - Sri Indrawati
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3890
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengkaji pencapaian kualiti penulisan karangan mod eksposisi oleh pelajar berdasarkan Pendekatan Kontekstual. Reka bentuk kajian ialah kuantitatif dan kualitatif. Kajian kuantitatif menggunakan kaedah kuasi eksperimen, manakala kualitatif menggunakan kaedah analisis karangan. Kaedah kuasi eksperimen digunakan bagi mengukur pencapaian penulisan karangan pelajar, manakala kaedah analisis karangan digunakan untuk menentukan kualiti karangan. Sampel kajian ialah pelajar tingkatan sepuluh Sekolah Menengah Atas Negeri 7 Palembang. Seramai 108 orang pelajar menjadi sampel kajian yang terdiri daripada 36 orang pelajar bagi kumpulan Pendekatan Kontekstual, 36 orang pelajar bagi kumpulan Pendekatan Induktif dan 36 orang pelajar bagi kumpulan Pendekatan Deduktif. Instrumen kajian ialah satu set soalan ujian karangan pra dan pasca serta senarai semak karangan. Ujian ANOVA Dua Hala digunakan untuk menganalisis pencapaian penulisan karangan. Kualiti karangan pula dianalisis menerusi pendekatan tematik. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan pencapaian dalam penulisan karangan eksposisi bagi pelajar yang didedahkan dengan Pendekatan Kontekstual berbanding Pendekatan Induktif dan Deduktif. Pencapaian penulisan karangan pelajar yang didedahkan dengan Pendekatan Kontekstual lebih baik daripada Induktif dan Deduktif. Selain itu, kualiti penulisan pelajar berdasarkan isi, struktur dan bahasa adalah signifikan dari asepk jantina. Dapatan kajian ini secara langsung menunjukkan bahawa Pendekatan Kontekstual memberikan kesan positif terhadap pencapaian penulisan karangan pelajar. Pendekatan Kontekstual sesuai digunakan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan di sekolah menengah atas awam yang lain. Implikasi kajian ini ialah Pendekatan Kontekstual memberikan impak yang tinggi untuk peningkatan pencapaian dan kualiti karangan pelajar.