Tahap kebiasaan, kefahaman konseptual, tahap penguasaan dan minat guru sains SJKC terhadap kemahiran proses sains (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kebiasaan, kefahaman konseptual, tahap penguasaan dan minat guru sains Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) terhadap kemahiran proses sains (KPS). Kajian ini menggunakan penilaian proses dalam Model Context Input Process Product (CIPP) yang diasaskan o...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ang Shu Zen
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3918
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kebiasaan, kefahaman konseptual, tahap penguasaan dan minat guru sains Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) terhadap kemahiran proses sains (KPS). Kajian ini menggunakan penilaian proses dalam Model Context Input Process Product (CIPP) yang diasaskan oleh Stufflebeam. Kajian ini juga mengesan perbezaan guru sains SJKC dalam tahap kebiasaan, kefahaman konseptual, penguasaan dan minat terhadap KPS berdasarkan pengalaman mengajar, opsyen, tahap yang diajar, umur dan bilangan kursus sains yang dihadiri. Pendekatan kuantitatif dengan kajian tinjauan keratan rentas telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara pensampelan bertujuan melibatkan semua guru sains SJKC di Daerah Batang Padang, iaitu sebanyak 70 orang sampel. Tiga jenis instrumen kajian digunakan iaitu soal selidik, ujian bertulis dan ujian objektif aneka pilihan. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferens. Analisis deskriptif digunakan untuk menjelaskan tahap kebiasaan, kefahaman konseptual, tahap penguasaan dan minat subjek kajian, manakala analisis inferens melibatkan Ujian Mann-Whitney dan Ujian Kruskal- Wallis untuk menerangkan perbezaan antara kumpulan demografik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru sains SJKC agak biasa terhadap KPS (μ= 2.81) dengan terdapat perbezaan antara guru yang berbeza pengalaman mengajar sains (p=0.015) dan juga antara guru yang berbeza dalam bilangan kursus sains yang pernah dihadiri (p=0.013). Dapatan kajian juga menunjukkan kefahaman konseptual guru sains SJKC terhadap KPS adalah berada pada tahap yang rendah (μ=2.00). Pengalaman mengajar yang berbeza antara guru menunjukkan tahap kefahaman konseptual yang berbeza (p=0.003). Sebaliknya, tahap penguasaan guru sains SJKC terhadap KPS adalah tinggi dengan markah purata individu setinggi 82.6 markah. Didapati tahap penguasaan guru major sains adalah lebih tinggi berbanding dengan guru bukan major sains (U=144.5, p=0.009). Akhir sekali, guru sains SJKC kurang berminat untuk mempelajari dengan lebih lanjut tentang KPS (μ=2.32). Bilangan kursus sains yang dihadiri oleh guru mempengaruhi minat mereka untuk mempelajari KPS dengan lebih lanjut (p=0.017). Kesimpulannya, tahap kefahaman konseptual dan minat guru sains SJKC berada pada tahap yang rendah. Implikasi kajian menunjukkan lebih banyak kursus KPS perlu dilaksanakan untuk mengubah situasi ini.