Analisis corak perbelanjaan penerima bantuan awal persekolahan dalam kalangan ibu bapa (IR)

Kajian ini bertujuan menganalisis corak perbelanjaan bantuan awal persekolahan mengikut latar belakang demografi dan sosio ekonomi penerima bantuan terhadap perbelanjaan persekolahan anak-anak dalam kalangan ibu bapa. Kajian juga dijalankan untuk mengetahui persepsi penerima bantuan terhadap bantuan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zulkainain Ahmad
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3923
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan menganalisis corak perbelanjaan bantuan awal persekolahan mengikut latar belakang demografi dan sosio ekonomi penerima bantuan terhadap perbelanjaan persekolahan anak-anak dalam kalangan ibu bapa. Kajian juga dijalankan untuk mengetahui persepsi penerima bantuan terhadap bantuan awal persekolahan yang telah diberikan oleh kerajaan Malaysia. Reka bentuk penyelidikan kuantitatif berbentuk deskriptif dan inferensi dipilih untuk menjawab tiga persoalan kajian dan lima hipotesis. Seramai 367 orang di sekitar kawasan parlimen Bukit Gantang, Perak dipilih menjadi responden menggunakan teknik persampelan rawak berlapis. Satu set borang soal selidik telah digunakan dalam kajian ini. Beberapa ujian statistik digunakan bertujuan menguji hipotesis kajian, antaranya analisis ujian-t dan ANOVA. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara faktor jantina dan etnik responden dengan corak perbelanjaan bantuan awal persekolahan. Namun, kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara bilangan tanggungan, taraf pendidikan dan jumlah pendapatan responden dengan corak perbelanjaan bantuan awal persekolahan. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan bahawa perbezaan latar belakang sosio ekonomi ibu bapa membentuk satu corak perbelanjaan bantuan awal persekolahan yang berbeza. Implikasi kajian menunjukkan bahawa pemberian wang bantuan awal persekolahan dapat membantu meringankan beban perbelanjaan persekolahan dan dibelanjakan ke arah aspek pendidikan anak-anak melebihi aspek bukan pendidikan oleh ibu bapa.