Penilaian sistem Let-Gen menggunakan model kejayaan sistem maklumat dalam kalangan guru penyelaras VLE Frog (IR)

Kajian ini bertujuan untuk menilai sistem Let-Gen, sistem yang dibangunkan bagi membantu pengagihan ID 1BestariNet, berdasarkan adaptasi model kejayaan Sistem Maklumat DeLone dan McLean. Kajian ini menganalisis hubungan antara enam konstruk model yang digunapakai ke arah kejayaan sistem yang dibangu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zainal Abidin Azharul Faiz
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3928
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menilai sistem Let-Gen, sistem yang dibangunkan bagi membantu pengagihan ID 1BestariNet, berdasarkan adaptasi model kejayaan Sistem Maklumat DeLone dan McLean. Kajian ini menganalisis hubungan antara enam konstruk model yang digunapakai ke arah kejayaan sistem yang dibangunkan iaitu kualiti maklumat, kualiti sistem, kemudahgunaan, kebergunaan, kepuasan pengguna dan faedah bersih. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan digunakan dalam kajian ini. Sejumlah 151 pengguna Let-Gen berdaftar di Malaysia telah dipilih dengan menggunakan kaedah pensampelan rawak berstrata sebagai responden. Analisis deskriptif menerangkan faktor-faktor demografi guru manakala statistik inferensi yang melibatkan analisis korelasi Pearson untuk menjelaskan hubungan antara pemboleh ubah yang dikaji. Terdapat hubungan signifikan yang positif antara konstruk kualiti maklumat (r=0.82, p<0.05), kualiti sistem (r=0.84, p<0.05) dan kemudahgunaan (r=0.75, p<0.05 terhadap kebergunaan dan kepuasan pengguna. Konstruk kebergunaan (r=0.89, p<0.05) dan kepuasan pengguna (r=0.92, p<0.05) juga secara positif mempunyai hubungan dengan konstruk faedah bersih. Ternyata sistem Let-Gen memudahkan guru Penyelaras VLE Frog khususnya dalam mengagihkan ID 1BestariNet di sekolah.