Hubungan kepimpinan instruksional dengan penerimaan persekitaran pembelajaran maya di sekolah-sekolah menengah daerah Kinta Selatan, Perak (IR)

Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji hubungan kepimpinan instruksional pengetua dengan penerimaan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) FROG dalam Daerah Kinta Selatan di Negeri Perak. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif. Kajian tinjauan ini dijalankan dengan menggunakan soal selidik yang melib...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Noraznira Ismail
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3935
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji hubungan kepimpinan instruksional pengetua dengan penerimaan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) FROG dalam Daerah Kinta Selatan di Negeri Perak. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif. Kajian tinjauan ini dijalankan dengan menggunakan soal selidik yang melibatkan seramai 291 orang guru di sepuluh buah sekolah menengah Daerah Kinta Selatan, Perak. Data diperolehi dan dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian secara keseluruhannya menjelaskan amalan kepimpinan instruksional pengetua di Daerah Kinta Selatan adalah pada tahap tinggi manakala penerimaan VLE FROG dalam kalangan guru pula adalah pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi semua dimensi kepimpinan instruksional dalam kalangan pengetua berdasarkan jantina pengetua. Penerimaan VLE FROG pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi konstruk Jangkaan Usaha, Jangkaan Prestasi, Pengaruh Sosial, dan Keadaan Kemudahan berdasarkan faktor jantina dan tempoh pengalaman mengajar. Dapatan kajian daripada analisis korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara amalan kepimpinan instruksional pengetua dengan penerimaan VLE FROG di sekolah-sekolah yang dikaji. Implikasi kajian ini menunjukkan amalan kepimpinan instruksional pengetua berupaya mempengaruhi penerimaan VLE FROG dalam kalangan guru. Justeru, maklumat ini diharap dapat menjadi asas kepada kajian lanjutan yang lain bagi meluaskan kajian berkaitan pengaruh dan kesan Kepimpinan Instruksional pengetua ke atas penerimaan adaptasi teknologi pendidikan di sekolah selain VLE FROG.