Amalan penggunaan air secara lestari : kajian kes dalam kalangan pelajar tingkatan empat di daerah Kinta Utara, Perak (IR)

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap, hubungan serta sumbangan antara pemboleh ubah pengetahuan, nilai, kemahiran, sikap terhadap amalan penggunaan air secara lestari dalam kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Kinta Utara, Perak. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan ser...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Uma Mariapan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3953
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap, hubungan serta sumbangan antara pemboleh ubah pengetahuan, nilai, kemahiran, sikap terhadap amalan penggunaan air secara lestari dalam kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Kinta Utara, Perak. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan serta soal selidik telah digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 420 orang pelajar Tingkatan 4 dengan menggunakan teknik pensampelan rawak mudah manakala pemilihan sampel sekolah adalah secara rawak berstrata. Analisis deskriptif (min, peratus) dan analisis inferensi (ujian-t, korelasi Pearson, regresi linear) digunakan untuk menjawab setiap persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan (M=3.97, SP=.48), nilai (M=4.16, SP=.65), sikap (M=3.99, SP=.58) berada pada tahap tinggi manakala amalan penggunaan air (M=3.58 dan SP=.52) berada pada tahap sederhana. Keputusan ujian-t menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap amalan penggunaan air berdasarkan jantina t(418)=.22, p>.05 dan aliran pendidikan t(418)=1.66, p>.05. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara amalan penggunaan air secara lestari terhadap pengetahuan r(418)=.273, p<.01, nilai r(418)=.219, p<.01, kemahiran r(418)=.352, p<.01 dan sikap r(418)=.460, p<.01. Selain itu, analisis regresi linear menunjukkan sikap dan kemahiran menyumbang kepada amalan penggunaan air secara lestari pelajar sebanyak 26.3 peratus dengan nilai R2=.263, F(4,415)=38.08, p<.001. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan pelajar mempunyai tahap pengetahuan, nilai dan sikap yang baik terhadap amalan penjimatan air, namun kurang mengamalkannya dalam aktiviti harian. Ini menunjukkan pendedahan dan penerapan amalan penjimatan air menerusi pendidikan formal di sekolah kurang membawa perubahan dalam kalangan pelajar di kawasan kajian. Implikasi kajian ini boleh digunakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dalam merangka kurikulum yang membantu dalam meningkatkan amalan penggunaan air secara lestari dalam kehidupan pelajar.