Cerpen karya Lelavazhagu dari perspektif nilai kemanusiaan (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti nilai-nilai kemanusiaan, menganalisis unsur-unsur pengajaran dan meneliti keberkesanan dalam pembentukan sahsiah pembaca dalam cerpen-cerpen I. Elavazhagu. Analisis kajian ini tertumpu kepada 15 cerpen I.Elavazhagu yang dipilih daripada kumpulan cerpen berju...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sentamarai Punusamy
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3965
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti nilai-nilai kemanusiaan, menganalisis unsur-unsur pengajaran dan meneliti keberkesanan dalam pembentukan sahsiah pembaca dalam cerpen-cerpen I. Elavazhagu. Analisis kajian ini tertumpu kepada 15 cerpen I.Elavazhagu yang dipilih daripada kumpulan cerpen berjudul Mannukkuc Contam dan Mitci. Pendekatan kualitatif iaitu kaedah kepustakaan dan analisis teks berdasarkan teori moral telah digunakan untuk menjalankan kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat tujuh nilai kemanusiaan, 14 unsur pengajaran dan 13 un sur pembentukan sahsiah pembaca dalam cerpen-cerpen I.Elavazhagu. Kesimpulan kajian ini membuktikan bahawa nilai kemanusiaan sangat penting dan perlu diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kesan positif dalam cerpen-cerpen yang dikaji boleh dijadikan teladan, panduan dan renungan bersama. Manakala kesan negatif dalam cerpen-cerpen ini boleh dijadikan teladan dan sempadan untuk berfikir secara bernas.