Pembinaan dan penilaian modul PBM-SC2 dan kesan terhadap KBAT, motivasi dan refleksi dalam kalangan pelajar (IR)

Kajian ini bertujuan membina dan menilai kesan modul PBM-SC2 berdasarkan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah (PBM). Kajian juga menilai kesan modul terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), motivasi, dan refleksi pelajar terhadap persekitaran pembelajaran. Pendekatan kuantitatif dengan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Fadhila Baharudin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4185
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan membina dan menilai kesan modul PBM-SC2 berdasarkan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah (PBM). Kajian juga menilai kesan modul terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), motivasi, dan refleksi pelajar terhadap persekitaran pembelajaran. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk eksperimen benar digunakan dalam kajian ini. Pemilihan responden kajian dijalankan secara pensampelan rawak berlapis dan rawak mudah dengan melibatkan 70 orang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah harian dalam daerah Kuantan, Pahang. Responden kajian terdiri daripada 35 pelajar kumpulan rawatan dan 35 pelajar kumpulan kawalan. Empat jenis instrumen digunakan iaitu modul PBM-SC2, ujian KBAT bagi tema Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup, soal selidik motivasi intrinsik dan soal selidik refleksi terhadap persekitaran PBM. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif menjelaskan tahap KBAT, motivasi dan refleksi pelajar terhadap PBM adalah tinggi. Analisis ujian-t menunjukkan terdapat peningkatan skor KBAT dan motivasi secara signifikan bagi kumpulan rawatan berbanding kumpulan kawalan. Namun begitu, analisis korelasi Pearson menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara KBAT dan motivasi pelajar. Kesimpulannya, modul PBM-SC2 telah meningkatkan KBAT, motivasi dan refleksi pelajar terhadap persekitaran PBM. Implikasi kajian menunjukkan penggunaan modul PBM-SC2 dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sains.