Kesedaran kerjaya dalam kalangan murid menengah rendah (IR)

Kajian ini bertujuan untuk meneroka aspek kesedaran kerjaya dalam kalangan murid menengah rendah di Maktab Sultan Abu Bakar Johor Bahru. Terdapat empat aspek kesedaran kerjaya yang dikaji iaitu minat, tanggapan, kematangan dan membuat keputusan kerjaya. Kajian ini juga bertujuan untuk menghasilkan s...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Hafizah Ibrahim
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4187
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id oai:ir.upsi.edu.my:4187
record_format uketd_dc
spelling oai:ir.upsi.edu.my:41872020-02-27 Kesedaran kerjaya dalam kalangan murid menengah rendah (IR) 2017 Nur Hafizah Ibrahim LC Special aspects of education Kajian ini bertujuan untuk meneroka aspek kesedaran kerjaya dalam kalangan murid menengah rendah di Maktab Sultan Abu Bakar Johor Bahru. Terdapat empat aspek kesedaran kerjaya yang dikaji iaitu minat, tanggapan, kematangan dan membuat keputusan kerjaya. Kajian ini juga bertujuan untuk menghasilkan satu model kesedaran kerjaya. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes digunakan dalam kajian ini. Seramai enam orang peserta kajian yang terdiri daripada murid tingkatan dua dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Prosedur pengumpulan data dijalankan dengan menggunakan protokol temu bual separa berstruktur. Kesahan dan kebolehpercayaan data dilakukan dengan membuat triangulasi daripada pelbagai sumber data dan semakan rakan. Hasil analisis data temu bual, beberapa tema kesedaran kerjaya berkenaan aspek minat, tanggapan, kematangan dan membuat keputusan kerjaya telah dikenal pasti. Tema-tema untuk aspek minat ialah proses kehidupan, faktor kecenderungan sendiri, mengenal potensi diri, membina dan merancang matlamat, pengaruh dan galakan keluarga serta persekitaran, media massa dan kemajuan teknologi, kesesuaian antara personaliti dengan minat, faktor pengalaman, dorongan keluarga dan potensi diri. Tema-tema untuk aspek tanggapan ialah proses merancang kehidupan, akademik menjamin kerjaya dan panduan merancang kerjaya. Tema-tema untuk aspek kematangan kerjaya rujukan memilih kerjaya dan bermotivasi. Manakala tema untuk aspek membuat keputusan kerjaya kepentingan pendidikan, faktor persekitaran dan diri sendiri serta kendiri unggul. Kajian ini juga menghasilkan model kesedaran kerjaya yang terdiri daripada aspek intrinsik iaitu potensi, motivasi dan kendiri unggul serta aspek ekstrinsik iaitu persekitaran, pengalaman, pemerhatian dan sokongan keluarga. Dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan bahawa murid mempunyai kefahaman mengenai kerjaya, mengetahui minat kerjaya mereka, mereka berusaha mendapatkan maklumat kerjaya dan mereka juga boleh merancang serta membina matlamat kerjaya. Kesimpulannya, kajian ini membuktikan bahawa wujudnya kesedaran kerjaya dalam kalangan murid menengah rendah di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. Implikasi kajian menunjukkan bahawa peranan semua pihak khususnya ibu bapa, pendidik dan murid sendiri penting untuk memastikan kesedaran kerjaya dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa supaya murid mempunyai perancangan kerjaya yang jelas. 2017 thesis https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4187 https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4187 text zsm closedAccess Masters Universiti Pendidikan Sultan Idris Fakulti Pembangunan Manusia N/A
institution Universiti Pendidikan Sultan Idris
collection UPSI Digital Repository
language zsm
topic LC Special aspects of education
spellingShingle LC Special aspects of education
Nur Hafizah Ibrahim
Kesedaran kerjaya dalam kalangan murid menengah rendah (IR)
description Kajian ini bertujuan untuk meneroka aspek kesedaran kerjaya dalam kalangan murid menengah rendah di Maktab Sultan Abu Bakar Johor Bahru. Terdapat empat aspek kesedaran kerjaya yang dikaji iaitu minat, tanggapan, kematangan dan membuat keputusan kerjaya. Kajian ini juga bertujuan untuk menghasilkan satu model kesedaran kerjaya. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes digunakan dalam kajian ini. Seramai enam orang peserta kajian yang terdiri daripada murid tingkatan dua dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Prosedur pengumpulan data dijalankan dengan menggunakan protokol temu bual separa berstruktur. Kesahan dan kebolehpercayaan data dilakukan dengan membuat triangulasi daripada pelbagai sumber data dan semakan rakan. Hasil analisis data temu bual, beberapa tema kesedaran kerjaya berkenaan aspek minat, tanggapan, kematangan dan membuat keputusan kerjaya telah dikenal pasti. Tema-tema untuk aspek minat ialah proses kehidupan, faktor kecenderungan sendiri, mengenal potensi diri, membina dan merancang matlamat, pengaruh dan galakan keluarga serta persekitaran, media massa dan kemajuan teknologi, kesesuaian antara personaliti dengan minat, faktor pengalaman, dorongan keluarga dan potensi diri. Tema-tema untuk aspek tanggapan ialah proses merancang kehidupan, akademik menjamin kerjaya dan panduan merancang kerjaya. Tema-tema untuk aspek kematangan kerjaya rujukan memilih kerjaya dan bermotivasi. Manakala tema untuk aspek membuat keputusan kerjaya kepentingan pendidikan, faktor persekitaran dan diri sendiri serta kendiri unggul. Kajian ini juga menghasilkan model kesedaran kerjaya yang terdiri daripada aspek intrinsik iaitu potensi, motivasi dan kendiri unggul serta aspek ekstrinsik iaitu persekitaran, pengalaman, pemerhatian dan sokongan keluarga. Dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan bahawa murid mempunyai kefahaman mengenai kerjaya, mengetahui minat kerjaya mereka, mereka berusaha mendapatkan maklumat kerjaya dan mereka juga boleh merancang serta membina matlamat kerjaya. Kesimpulannya, kajian ini membuktikan bahawa wujudnya kesedaran kerjaya dalam kalangan murid menengah rendah di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. Implikasi kajian menunjukkan bahawa peranan semua pihak khususnya ibu bapa, pendidik dan murid sendiri penting untuk memastikan kesedaran kerjaya dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa supaya murid mempunyai perancangan kerjaya yang jelas.
format thesis
qualification_name
qualification_level Master's degree
author Nur Hafizah Ibrahim
author_facet Nur Hafizah Ibrahim
author_sort Nur Hafizah Ibrahim
title Kesedaran kerjaya dalam kalangan murid menengah rendah (IR)
title_short Kesedaran kerjaya dalam kalangan murid menengah rendah (IR)
title_full Kesedaran kerjaya dalam kalangan murid menengah rendah (IR)
title_fullStr Kesedaran kerjaya dalam kalangan murid menengah rendah (IR)
title_full_unstemmed Kesedaran kerjaya dalam kalangan murid menengah rendah (IR)
title_sort kesedaran kerjaya dalam kalangan murid menengah rendah (ir)
granting_institution Universiti Pendidikan Sultan Idris
granting_department Fakulti Pembangunan Manusia
publishDate 2017
url https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4187
_version_ 1747833119038242816