Analisis kepercayaan, persekitaran pengajaran dan pembelajaran serta pengetahuan isi kandungan terhadap pendekatan pengajaran guru Biologi (IR)

Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis kepercayaan, persekitaran pengajaran dan pembelajaran serta pengetahuan isi kandungan terhadap pendekatan pengajaran guru biologi. Selain itu, sumbangan kepercayaan keberkesanan pengajaran, persekitaran pengajaran dan pembelajaran serta pengetahuan isi kan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: NorHafizah Hamzah
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4188
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis kepercayaan, persekitaran pengajaran dan pembelajaran serta pengetahuan isi kandungan terhadap pendekatan pengajaran guru biologi. Selain itu, sumbangan kepercayaan keberkesanan pengajaran, persekitaran pengajaran dan pembelajaran serta pengetahuan isi kandungan terhadap pendekatan pengajaran guru biologi juga diterokai. Sampel kajian terdiri daripada 149 orang guru biologi sekolah menengah daerah Kulim Bandar Baharu, Kuala Muda Yan dan Baling Sik, Kedah. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan rawak. Kajian ini merupakan penyelidikan kuantitatif dan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Instrumen yang digunakan terdiri daripada set soal selidik dan ujian bertulis. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan sederhana positif antara kepercayaan keberkesanan pengajaran dan persekitaran pengajaran terhadap pendekatan pengajaran guru biologi. Walau bagaimanapun, terdapat hubungan positif yang sangat kuat antara persekitaran pembelajaran dengan pendekatan pengajaran guru biologi. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan aspek umur, kelulusan akademik dan tempoh pengalaman mengajar terhadap pendekatan pengajaran guru. Pemboleh ubah kepercayaan keberkesanan pengajaran dan persekitaran pembelajaran merupakan faktor utama yang mempengaruhi dan menyumbang kepada pendekatan pengajaran guru. Kesimpulan kajian ini menunjukkan bahawa pendekatan pengajaran yang digunakan di sekolah masih lagi berpusatkan guru. Implikasinya, kajian ini boleh digunakan sebagai panduan kepada guru untuk memperbaiki amalan dan kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam usaha mengubah dan mempertingkatkan pendekatan pengajaran guru biologi supaya berpusatkan pelajar bagi menuju pendidikan abad ke- 21.