Aplikasi Agamarabu dalam cerpen antologi Peravai Kathaigal (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji aplikasi teori 'agamarabu' dalam cerpen peravai kathaigal yang telah diterbitkan sejak tahun 2006 hingga 2016. Peravai kathaigal merupakan koleksi cerpen yang terpilih menerusi pertandingan anjuran Universiti Malaya. Objektif kajian ini adalah untuk meng...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Vimalah Arumugam
Format: thesis
Language:tam
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4189
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji aplikasi teori 'agamarabu' dalam cerpen peravai kathaigal yang telah diterbitkan sejak tahun 2006 hingga 2016. Peravai kathaigal merupakan koleksi cerpen yang terpilih menerusi pertandingan anjuran Universiti Malaya. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti 'agamarabu' dalam 'Peravai Kathaigal' di antara tahun 2006 hingga 2016. Kedua, mengkaji aspek unsur 'agamarabu' dalam 'Peravai Kathaigal' dan yang ketiga mengenal pastiperbezaan pada zaman Tholkappiyar dan pada masa kini dari aspek 'kalavu' dan 'karpu'. Kajian juga menganalisis cerpen Peravai Kathaigal dari segi unsur seperti kalavu, karpu, sifat lelaki sebagai ketua, sifat perempuan sebagai ketua, dan juga sifat lelaki dan juga perempuan sebagai ketua dalam rumah tangga. Ini merupakan kajian kualitatif dan dibuat berdasarkan pendekatan kajian perpustakaan. Berdasarkan metodologi ini, sumber primer dikumpulkan dan dianalisis bersama sumber sekunder dan maklumat-maklumat yang berkait rapat dengan kajian. Kajian ini diperkukuh lagi dengan pengaplikasian teori Tholkappiyam. Sumber kajian melibatkan cerpen-cerpen yang diterbitkan dari tahun 2006 hingga 2016. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif. Analisis deskriptif menjelaskan hubungkait antara cerpen dengan unsur-unsur Agamarabu. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat penulis-penulis tempatan mengaplikasikan unsur-unsur agamarabu dalam karya mereka. Dapatan kajian juga membuktikan bahawa terdapat persamaan dan perbezaan antara era Tholkappiyar dengan masa kini dari segi unsur cinta dan perkahwinan. Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan bahawa penulis-penulis tempatan dapat mengaplikasikan teori 'agamarabu' dalam cerpen peravai kathaigal yang telah diterbitkan sejak tahun 2006 bingga 2016 dengan lengkap.