Pembinaan dan penilaian modul pembelajaran mnemonik EZY bagi konsep pembundaran dalam kalangan murid tahun empat di pedalaman Sarawak (IR)
Kajian ini bertujuan membina dan menentukan keberkesanan modul pembelajaran mnemonik EZY bagi meningkatkan pemahaman konsep pembundaran dalam kalangan murid Tahun Empat di pedalaman Sarawak. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah kuasi eksperimen. Seramai 41 orang murid terlibat dalam kajian ini....
Saved in:
主要作者: | |
---|---|
格式: | thesis |
语言: | zsm |
出版: |
2017
|
主题: | |
在线阅读: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4193 |
标签: |
添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
|
总结: | Kajian ini bertujuan membina dan menentukan keberkesanan modul pembelajaran mnemonik EZY bagi meningkatkan pemahaman konsep pembundaran dalam kalangan murid Tahun Empat di pedalaman Sarawak. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah kuasi eksperimen. Seramai 41 orang murid terlibat dalam kajian ini. Dua buah sekolah, iaitu sekolah A dan B yang terletak di pedalaman daerah Baram, Sarawak terlibat sebagai kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Kumpulan kawalan di sekolah A terdiri daripada 16 orang murid, manakala kumpulan rawatan di sekolah B terdiri daripada 25 orang murid. Modul pembelajaran mnemonik EZY dibina berdasarkan model ADDIE. Ujian pra dan ujian pos adalah instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpul data. Statistik inferensi digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian rintis menunjukkan bahawa nilai pekali kebolehpercayaan alfa Cronbach instrumen Ujian Pencapaian Matematik adalah tinggi iaitu 0.84. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan modul pembelajaran mnemonik EZY dapat meningkatkan konsep pembundaran dalam kalangan murid. Kesimpulannya, modul ini berkesan dalam meningkatkan konsep pembundaran dalam kalangan murid Tahun Empat. Implikasi daripada kajian ini ialah guru boleh menggunakan modul ini dalam pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan pemahaman konsep pembundaran murid Tahun Empat. |
---|