Pembangunan dan keberkesanan modul pengajaran dan pembelajaran tajuk jatuh bebas dan gerakan luncuran dan keberkesanannya terhadap pencapaian pelajar (IR)

Kajian ini bertujuan membangunkan modul pengajaran dan pembelajaran berdasarkan pendekatan pengajaran inkuiri bagi tajuk jatuh bebas dan gerakan luncuran dan menilai keberkesanannya terhadap pencapaian pelajar. Reka bentuk kajian kuantitatif ini ialah Reka Bentuk dan Pembangunan Modul. Bagi menilai...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Rohaida Hashim
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4215
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan membangunkan modul pengajaran dan pembelajaran berdasarkan pendekatan pengajaran inkuiri bagi tajuk jatuh bebas dan gerakan luncuran dan menilai keberkesanannya terhadap pencapaian pelajar. Reka bentuk kajian kuantitatif ini ialah Reka Bentuk dan Pembangunan Modul. Bagi menilai keberkesanan modul, reka bentuk kajian ialah eksperimen. Pembinaan modul adalah berdasarkan model ADDIE. Kesahan modul diperolehi daripada dua orang pakar dengan mengambil peratus persetujuan kedua-dua pakar tersebut manakala kebolehpercayaan modul diperoleh melalui kajian rintis dengan menentukan ketekalan dalaman menggunakan pekali Alfa Cronbach. Keberkesanan modul terhadap pencapaian pelajar diuji menggunakan ujian-t. Kajian ini melibatkan keseluruhan populasi seramai 60 orang pelajar fizik program dua tahun di Kolej Matrikulasi Selangor. Mereka dibahagikan sama rata secara rawak ke dalam dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan rawatan. Dapatan menunjukkan purata peratusan persetujuan antara pakar ialah 78.35% manakala nilai Alfa Cronbach bagi kebolehpercayaan modul ialah 0.963. Analisis ujian-t sampel tak bersandar bagi ujian pasca menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dengan min skor pencapaian kumpulan rawatan mengatasi min skor pencapaian kumpulan kawalan. Analisis ujian-t sampel bersandar bagi kumpulan rawatan juga menunjukkan perbezaan yang signifikan dengan min skor pencapaian pelajar dalam ujian pasca mengatasi min skor pencapaian dalam ujian pra. Kesimpulannya, kajian ini berjaya menghasilkan modul pengajaran dan pembelajaran tajuk Jatuh Bebas dan Gerakan Luncuran yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang baik dan berkesan dari segi meningkatkan pencapaian pelajar. Implikasinya, penghasilan modul ini boleh dijadikan rujukan kepada pendidik kolej matrikulasi dan sebagai sumber pembelajaran kepada pelajar. Di samping itu, kaedah yang digunakan oleh penyelidik bagi membangun mengesahkan modul boleh dijadikan panduan kepada penyelidik dan pendidik untuk membina modul yang seumpamanya.