Tahap kecerdasan emosi kanak-kanak berdasarkan model kecerdasan emosi dan perkaitan dengan gaya keibubapaan (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kecerdasan emosi kanak-kanak berdasarkan model kecerdasan emosi dan perkaitan dengan gaya keibubapaan. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat tahap emosi kanak- kanak yang sebenar apabila berada di tadika sama ada kanak-kanak dapat men...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhamad Afiq Abdul Fatah
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4450
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kecerdasan emosi kanak-kanak berdasarkan model kecerdasan emosi dan perkaitan dengan gaya keibubapaan. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat tahap emosi kanak- kanak yang sebenar apabila berada di tadika sama ada kanak-kanak dapat mengenal pasti emosi, memahami emosi, mengawal emosi dan mengguna emosi yang sebenar pada tahap pemikiran mereka. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu berbentuk deskriptif. Seramai 50 orang kanak-kanak di Tadika A dan Tadika B di Mukim Kota Damansara Petaling Jaya Selangor telah di pilih dalam kajian ini. Kecerdasan emosi diukur dengan menggunakan The Sullivan Emotional Intelligent Scale For Children (EISC) dan jenis gaya keibubapaan diukur dengan menggunakan Parental Authority Questionnaire (PAQ). Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistic package for Social Science (SPSS) versi 20. Data dianalisis secara deskriptif yang menjelaskan jenis gaya keibubapaan dengan tahap kecerdasan emosi kanak-kanak manakala analisis inferensi melibatkan ujian korelasi Pearson digunakan untuk menerangkan hubungan yang mungkin wujud antara pembolehubah. Dapatan kajian ini menunjukkan jenis gaya keibubapaan yang diamalkan oleh ibu bapa dan tahap kecerdasan emosi kanak-kanak berada pada tahap tinggi. Analisis korelasi Pearson menunjukkan tidak terdapat hubungan signifikan antara gaya keibubapaan dan tahap kes kecerdasan emosi kanak-kanak daripada kajian ini diharapkan dapat memberi pendedahan kepada guru-guru tadika, ibu bapa dan masyarakat tentang pentingnya kecerdasan emosi dalam diri kanak-kanak. Kesimpulan kajian ini menunjukkan bahawa tahap kecerdasan emosi kanak-kanak dapat memberikan gambaran sebenar mereka sama ada di sekolah mahupun di rumah.