Sumbangan lepasan Sultan Idris Training College (SITC) dalam membangkitkan semangat nasionalisme 1922-1957 (IR)

Kajian ini bertujuan untuk menilai sumbangan yang diberikan oleh guru dan lepasan Sultan Idris Training College (SITC) dalam membangkitkan semangat nasionalisme dari tahun 1922 hingga 1957. Lepasan SITC memainkan peranan penting dalam membangkitkan semangat nasionalisme masyarakat Melayu sehingga ne...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Raja Ahmad Shalaby Raja Hassan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4494
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menilai sumbangan yang diberikan oleh guru dan lepasan Sultan Idris Training College (SITC) dalam membangkitkan semangat nasionalisme dari tahun 1922 hingga 1957. Lepasan SITC memainkan peranan penting dalam membangkitkan semangat nasionalisme masyarakat Melayu sehingga negara mencapai kemerdekaan. Kaedah penyelidikan kajian ini adalah berbentuk kualitatif yang menggunakan rujukan daripada dokumen primer seperti laporan rasmi, surat- surat persendirian, memorandum dan rekod-rekod tinggalan kolonial yang diperoleh dari The National Archives London, Arkib Negara Malaysia dan Koleksi Arkib Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dapatan kajian ini membuktikan sistem pembelajaran, latihan di luar bilik darjah dan mata pelajaran yang diperkenalkan di SITC terutamanya Bahasa Melayu dan Tawarikh membantu pertumbuhan kesedaran nasionalisme Melayu. Di samping itu, institusi yang membantu pengajaran dan pembelajaran seperti Pejabat Karang Mengarang dan Khutub Khanah SITC memberi nilai tambah dalam proses melahirkan nasionalis Melayu. Penglibatan beberapa tokoh guru terawal dianggap sebagai penyemai benih nasionalisme kepada orang Melayu, manakala lepasan SITC memainkan peranan penting dalam membangkitkan nasionalisme hasil daripada dedikasi mereka yang melahirkan ahli politik dan intelektual yang memfokuskan kegiatan dalam kerangka gerakan pada masa itu. Kesimpulannya, kekuatan yang ada pada SITC ini dapat membangkitkan semangat nasionalisme berbanding institusi lain. Implikasi kajian ini membolehkan pembaca mendapat gambaran sebenar tentang kebangkitan nasionalisme Melayu yang digerakkan oleh golongan pendidik dan menolong melahirkan generasi yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi untuk kemajuan negara