Kaum muda penggerak kesedaran kemerdekaan Tanah Melayu 1906-1957 (IR)

Disertasi ini bertujuan mengkaji peranan Kaum Muda sebagai penggerak kesedaran kemerdekaan di Tanah Melayu sekitar 1906 hingga 1957. Kajian ini menilai faktor- faktor luaran dan dalaman yang mempengaruhi perkembangan perjuangan Kaum Muda di Tanah Melayu. Di samping itu mengetengahkan beberapa tokoh...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kamarul Afendey Hamimi
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4495
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Disertasi ini bertujuan mengkaji peranan Kaum Muda sebagai penggerak kesedaran kemerdekaan di Tanah Melayu sekitar 1906 hingga 1957. Kajian ini menilai faktor- faktor luaran dan dalaman yang mempengaruhi perkembangan perjuangan Kaum Muda di Tanah Melayu. Di samping itu mengetengahkan beberapa tokoh pejuang Kaum Muda daripada pelbagai latar belakang aliran pendidikan yang berjaya memberi kesedaran kepada masyarakat untuk memperjuangkan kemerdekaan. Sumber primer dan sekunder digunakan termasuklah kaedah temu bual untuk melengkapkan kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan Kaum Muda ini bukan sahaja menumpukan perhatian kepada soal-soal pembaikan dalam ibadat khusus tetapi turut mewarnai dunia politik, ekonomi dan sosial masyarakat Melayu. Dapatan kajian juga menunjukkan Kaum Muda merupakan penyuntik awal kesedaran kemerdekaan di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, kajian ini mendapati tidak semua tokoh Kaum Muda terlibat secara langsung dalam politik kepartian. Tokoh-tokoh Kaum Muda pada peringkat awal hanya memberi kesedaran agama terlebih dahulu kepada masyarakat agar kembali kepada ajaran Islam berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah. Manakala generasi kedua Kaum Muda pada era 1930-an turut membangunkan kesedaran tersebut, termasuklah dalam bidang politik, ekonomi dan sosial hingga menimbulkan kesedaran masyarakat untuk menuntut kemerdekaan. Mereka ini bergerak menggunakan beberapa kaedah seperti menerbitkan akhbar, menubuhkan madrasah, persatuan yang akhirnya mewujudkan parti politik. Ekoran daripada kegiatan tersebut, golongan ini turut menerima reaksi masyarakat sama ada berbau positif ataupun negatif. Mereka menghadapi tribulasi dan penentangan baik dalam kalangan pembesar-pembesar Melayu, tokoh-tokoh Kaum Tua dan pihak British. Kesimpulan kajian ini menunjukkan perjuangan Kaum Muda yang dipelopori oleh agamawan merupakan perintis kepada kesedaran kemerdekaan di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun perjuangan mereka tidak sepenuhnya mendapat sokongan rakyat. Implikasi kajian menunjukkan pengakhiran perjuangan mereka untuk menuntut kemerdekaan berjaya menggerakkan momentum kesedaran dalam kalangan rakyat namun golongan ini tidak menjadi penyudah kepada kejayaan mencapai kemerdekaan tersebut. Hal ini disebabkan mereka merupakan golongan yang berhaluan kiri, mendapat tentangan daripada Kaum Tua dan British di samping beberapa kelemahan dalaman yang berlaku dalam perjuangan Kaum Muda itu sendiri