Analisis makna leksis bahasa sukuan dalam korpus bahasa Melayu menggunakan semantik ranah (IR)

Penyelidikan ini dilaksanakan untuk mengkaji pengekalan penggunaan leksis bahasa sukuan peribumi Sabah dalam korpus bahasa Melayu. Sumber data yang dimanfaatkan adalah daripada data korpus bahasa Melayu yang penyelidik bangunkan sendiri menggunakan Perisian Antconc 3.4.3w. Data korpus tersebut terdi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Effendy Yusuff
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4499
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini dilaksanakan untuk mengkaji pengekalan penggunaan leksis bahasa sukuan peribumi Sabah dalam korpus bahasa Melayu. Sumber data yang dimanfaatkan adalah daripada data korpus bahasa Melayu yang penyelidik bangunkan sendiri menggunakan Perisian Antconc 3.4.3w. Data korpus tersebut terdiri daripada enam buah novel yang berlatarkan masyarakat peribumi Sabah, iaitu novel Bagaton dan Mariga karya Amil Jaya, manakala novel Dukanya Abadi, Kukui, Dari Dalam Cermin, dan Debur Menerpa karya Azmah Nordin. Sebanyak 145 leksis bahasa sukuan telah dikenal pasti digunakan secara bersama-sama dengan bahasa Melayu dalam data korpus. Analisis dijalankan menggunakan teori semantik ranah (frame semantics) yang dipelopori oleh Charles Fillmore (1982). Dapatan kajian awal menunjukkan bahawa pendekatan berteori linguistik, khususnya semantik kognitif dapat memerihalkan gelagat semantik leksis bahasa sukuan dalam korpus bahasa Melayu. Seterusnya, menyelongkar makna yang cuba digambarkan untuk membawa konsep masyarakat penutur di sebalik penggunaan leksis tersebut. Pendeskripsian yang dilakukan dapat menjelaskan fungsi kewujudan dan kewajaran setiap leksis adalah disebabkan motivasi, potensi dan reputasi leksis tersebut.