Peramalan siri masa ozon mengikut monsun di kawasan pendidikan tinggi Malaysia melalui pendekatan kalut (IR)

Kajian ini bertujuan untuk meramal siri masa ozon mengikut monsun di kawasan pendidikan tinggi Malaysia melalui pendekatan kalut. Terdapat tiga objektif utama kajian iaitu mengesan kehadiran dinamik kalut dalam siri masa ozon, meramal siri masa ozon menggunakan pendekatan kalut dan membina kaedah ba...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wan Nur Afateen Wan Mohd Za'im
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4676
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meramal siri masa ozon mengikut monsun di kawasan pendidikan tinggi Malaysia melalui pendekatan kalut. Terdapat tiga objektif utama kajian iaitu mengesan kehadiran dinamik kalut dalam siri masa ozon, meramal siri masa ozon menggunakan pendekatan kalut dan membina kaedah baharu iaitu kaedah k- songsang bagi mencari bilangan jiran terdekat k . Bagi mengesan kehadiran dinamik kalut, kaedah Cao, kaedah m -songsang dan plot ruang fasa adalah digunakan. Bagi meramal siri masa ozon melalui pendekatan kalut, terdapat dua langkah yang terlibat iaitu pembinaan semula ruang fasa dan proses peramalan. Untuk pembinaan semula ruang fasa, tiga parameter diperlukan iaitu masa tunda r, matra pembenaman m dan bilangan jiran terdekat k . Parameter r ditentukan melalui kaedah purata maklumat bersama, penetapan r=1 dan kaedah r-songsang. Parameter m pula dikira melalui kaedah Cao dan kaedah m - songsang. Kajian ini memperkenalkan kaedah baharu iaitu kaedah k -songsang. Pendekatan kalut diaplikasikan ke atas siri masa ozon di tiga kawasan pendidikan tinggi Malaysia iaitu UPSI Tanjung Malim, UiTM Shah Alam dan USM Gelugor. Bagi setiap kawasan, siri masa dibahagikan mengikut monsun iaitu monsun Timur Laut dan monsun Barat Daya. Melalui kaedah Cao, kaedah m -songsang dan plot ruang fasa, keputusan menunjukkan kehadiran dinamik kalut dalam siri masa ozon di ketiga-tiga kawasan dan kedua-dua monsun. Keputusan peramalan pula menunjukkan nilai pekali korelasi bagi kesemua model peramalan adalah menghampiri satu. Ini menunjukkan bahawa peramalan siri masa ozon melalui pendekatan kalut adalah cemerlang. Melalui kaedah k -songsang, nilai k optimum yang dicadangkan untuk kajian pada masa hadapan adalah antara 10 dan 100. Kesimpulannya, pendekatan kalut telah berjaya meramal siri masa ozon. Implikasinya, pendekatan kalut boleh diperluaskan bagi meramal siri masa pencemar udara yang lain seperti jerebu dan karbon monoksida. Diharapkan kajian ini dapat membantu pihak-pihak berkepentingan seperti Jabatan Alam Sekitar Malaysia, Jabatan Meteorologi Malaysia serta Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dalam menguruskan pencemar ozon dengan lebih efektif.