Estetika Pagar Musang tradisional pantai timur era kontemporari (IR)

Kajian empirikal ini bertujuan untuk mengkaji nilai estetika yang terdapat pada Pagar Musang gaya pantai timur bentuk tradisional dan kontemporari berdasarkan aspek reka bentuk, ragam hias serta fungsinya. Kajian ini dibuat dengan bersandarkan kepada teori budaya David Kaplan dan prinsip estetika Za...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Fauzi Md Rejab
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4678
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian empirikal ini bertujuan untuk mengkaji nilai estetika yang terdapat pada Pagar Musang gaya pantai timur bentuk tradisional dan kontemporari berdasarkan aspek reka bentuk, ragam hias serta fungsinya. Kajian ini dibuat dengan bersandarkan kepada teori budaya David Kaplan dan prinsip estetika Zakaria Ali. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah reka bentuk kajian kes. Data dikumpul melalui cara temu bual, pemerhatian, rakaman visual, analisa produk, kajian dokumen dan kepustakaan. Kajian ini dilakukan di daerah Besut Terengganu, Kota Bharu Kelantan dan Temerloh Pahang. Dapatan dari kajian menunjukkan faktor penggunaan teknologi moden, penggunaan bahan yang bukan berasaskan kayu serta pemakaian motif yang lebih moden dan kontemporari telah memberi wajah yang baru pada Pagar Musang pantai timur dalam era kontemporari. Berdasarkan pada enam prinsip estetika Zakaria Ali dan tiga subsistem dari teori budaya David Kaplan menunjukkan nilai estetika Melayu tradisional masih lagi terdapat pada Pagar Musang pantai timur era kontemporari iaitu dari aspek reka bentuk, ragam hias serta fungsinya. Kesimpulannya proses kemodenan tidak banyak menjejaskan identiti nilai estetika tradisional Melayu yang terdapat pada Pagar Musang pantai timur era kontemporari. Diharapkan keindahan nilai estetika tradisional Melayu ini akan dipertahankan sebagai salah satu warisan kesenian masyarakat Melayu yang berharga untuk generasi akan datang.