Kepimpinan instruksional dan faktor kecemerlangan sekolah dalam memilih mempengaruhi ibubapa menghantar anak ke Sekolah Menengah Agama Institut Hafiz Kelang Selangor (IR)

Tujuan kajian ini mengenal pasti peranan kepimpinan pengetua dan faktor kecemerlangan sekolah dalam mempengaruhi ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah menengah agama swasta. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk deskriptif tinjuan. Seramai 438 ibu bapa pelajar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Hisham Surgi
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4686
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini mengenal pasti peranan kepimpinan pengetua dan faktor kecemerlangan sekolah dalam mempengaruhi ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah menengah agama swasta. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk deskriptif tinjuan. Seramai 438 ibu bapa pelajar di Sek Men Agama, Institut Hafiz Klang, Selangor telah dipilih. Data dianalisis dengan menggunakan analisis statistik deskriptif dan regresi logistik. Dapatan kajian menunjukkan peranan kepimpinan pengetua dalam mendefinisikan matlamat (M=4.23, SD = 0.03), mengurus program sekolah (M=4.59, SD = 0.41) dan membentuk iklim sekolah (M=4.28, SD = 0.44) mempengaruhi ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke Sekolah Agama Swasta. Hasil kajian ini juga menunjukkan kepuasan terhadap sekolah (M=3.61, SD = 0.27), bermatlamatkan akademik (M= 3.62, SD = 0.25) dan kepercayaan nilai sekolah (M= 3.63, SD = 0.24) turut mempengaruhi ibu bapa menghantar anak ke sekolah ini. Manakala, analisis regresi logistik menunjukkan faktor berkongsi maklumat sekolah dan kepentingan pelajar tidak mempengaruhi ibu bapa memilih ke sekolah agama swasta (p>0.05). Kesimpulan daripada kajian menunjukkan peranan kepimpinan sekolah dan imej sekolah adalah penting kepada ibu bapa di dalam pemilihan sekolah menengah agama swasta. Implikasinya pihak sekolah swasta agama perlu peka terhadap faktor- faktor yang mempengaruhi pemilihan sekolah agama swasta dalam kalangan ibu bapa.