Sikap, inisiatif dan regulasi kendiri pentadbir terhadap pelaksanaan pendidikan pembangunan lestari di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IR)

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis hubungan, sumbangan dan membina model sikap, inisiatif, regulasi kendiri terhadap pelaksanaan Pendidikan Pembangunan Lestari di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan digunakan dalam kajian ini. Sampel terd...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mani Rajan Ellappan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4690
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menganalisis hubungan, sumbangan dan membina model sikap, inisiatif, regulasi kendiri terhadap pelaksanaan Pendidikan Pembangunan Lestari di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan digunakan dalam kajian ini. Sampel terdiri daripada 247 orang pentadbir daripada 26 buah IPG seluruh Malaysia yang dipilih menerusi teknik pensampelan rawak mudah. Instrumen digunakan berbentuk soal selidik Likert lima mata dan pengelompokkan item yang tepat mengikut konstruk dan sub konstruk kajian dibina melalui proses Analisis Faktor Penerokaan (EFA). Manakala Analisis Faktor Pengesahan (CFA) digunakan bagi menguji kesahan dan kebolehpercayaan konstruk. Model pembentukan sikap, inisiatif dan regulasi kendiri pentadbir IPG terhadap pelaksanaan Pendidikan Pembangunan Lestari telah dibina menggunakan Pemodelan Persamaan Struktur (SEM). Dapatan EFA telah membentuk empat konstruk utama iaitu sikap, inisiatif, regulasi kendiri dan pelaksanaan Pendidikan Pembangunan Lestari. Terdapat empat sub konstruk bagi sikap, tiga sub konstruk bagi inisiatif, enam sub konstruk bagi regulasi kendiri dan lapan sub konstruk bagi perancangan. Analisis korelasi Pearson bagi setiap konstruk menunjukkan terdapat hubungan signifikan positif antara sikap r(245)=.370, p<.01, inisiatif r(245)=.376, p<.01 dan regulasi kendiri r(245)=.343, p<.01 dengan pelaksanaan Pendidikan Pembangunan Lestari. Selain itu, analisis regresi berganda menunjukkan inisiatif menyumbang sebanyak 37.6 peratus (Β=0.241) dan sikap menyumbang sebanyak 6.8 peratus (Β=0.229) dengan nilai R2=.446, F(3,243)=20.152, p<.001 kepada pelaksanaan Pendidikan Pembangunan Lestari. Dapatan kajian juga menunjukkan model yang terjana melalui SEM telah mencapai tahap kesepadanan yang baik dengan nilai CMIN=3856.447, DF=2251, CMIN/DF=1.713, p=.000, GFI=.702, CFI=.861, TLI=.856 dan RMSEA=.054. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan sikap dan inisiatif merupakan faktor kepada pelaksanaan Pendidikan Pembangunan Lestari dalam kalangan pentadbir IPGM dengan penyumbang utama adalah faktor inisiatif. Implikasi kajian ini menunjukkan model yang dibina sesuai digunakan sebagai panduan kepada pentadbir untuk melaksanakan Pendidikan Pembangunan Lestari di IPGM.