Pembangunan modul pengajaran dan pembelajaran kursus Bahasa Melayu elektif (IR)

Kajian ini bertujuan untuk membangun dan menguji modul pengajaran dan pembelajaran kursus Bahasa Melayu Elektif (KBME) yang digunakan di Universiti Thaksin, Thailand. Model ASSURE (Analiyze learners, State objective, Select instructional method, media and materials, Utilize media and materials, Requ...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kusom Yamirudeng
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4693
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk membangun dan menguji modul pengajaran dan pembelajaran kursus Bahasa Melayu Elektif (KBME) yang digunakan di Universiti Thaksin, Thailand. Model ASSURE (Analiyze learners, State objective, Select instructional method, media and materials, Utilize media and materials, Require learner participation and Evaluate and revise) digunakan bagi pembangunan model, manakala pendekatan pengajaran bahasa secara kontekstual (Contexualized Language Instruction: CLI) digunakan untuk merancang aktiviti dalam setiap modul. Kajian ini dibahagikan kepada tiga fasa, iaitu Fasa 1: Analisis keperluan, Fasa 2: Reka bentuk dan pembangunan modul, dan Fasa 3: Dua orang pakar, empat orang pensyarah dan lima orang pelajar dilibatkan dalam fasa 2. Seramai 40 orang pelajar dan seorang pensyarah dilibatkan dalam fasa 3. Ujian Penguasaan Bahasa Melayu (UPBM), Borang Penilaian Modul (BPM), komen bersemuka, dan protokol temu bual digunakan sebagai instrumen kajian Dapatan kajian mendapati bahawa tahap penguasaaan bahasa Melayu pelajar-pelajar KBME berada pada tahap lemah (51.74%). Dapatan juga mendapati bahawa aspek penguasaan lisan, latih tubi, bahan bantu mengajar, persekitaran pengguna bahasa dan peranan penutur jati perlu diberi penekanan dalam pembangunan modul. Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa skor penilaian modul oleh pakar dan pensyarah berada pada tahap baik (min 4.16). Pakar dan pensyarah turut menyarankan agar modul ini ditambah baik, khususnya daripada aspek persembahan dan kandungan. Dapatan kajian lapangan pula menunjukkan bahawa modul KBME ini boleh dilaksanakan dengan sedikit pengubahsuaian. Kesimpulannya, modul KBME dapat dilaksanakan secara berkesan serta meningkatkan minat pelajar. Implikasi kajian, modul KBME dapat memberi kesan positif terhadap proses PdP Bahasa Melayu sebagai bahasa asing.