Amalan penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran guru prasekolah (IR)

Kajian ini bertujuan meneliti amalan penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran guru prasekolah. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk Hermeneutik telah digunakan dalam kajian ini. Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik berbentuk soalan terbuka, pemerhatian, temu bual dan ana...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rusini Kamaluddin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4695
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan meneliti amalan penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran guru prasekolah. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk Hermeneutik telah digunakan dalam kajian ini. Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik berbentuk soalan terbuka, pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Responden ialah 30 orang guru prasekolah yang menjawab soal selidik dan lima orang yang terlibat dalam pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Data dianalisis menggunakan Kaedah Hermeneutik yang berbentuk interpretasi teks. Dapatan kajian menunjukkan guru menumpukan lima daripada 16 nilai murni yang terdapat dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), iaitu hormat-menghormati, berterima kasih, kejujuran, berdisiplin dan baik hati. Kajian juga mendapati tujuan utama nilai murni diterapkan ialah untuk membentuk peribadi yang baik, memupuk semangat yang positif, membentuk jati diri, mewujudkan insan yang seimbang dan mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian. Aktiviti rutin harian merupakan cara utama guru menerapkan nilai murni. Guru menghadapi masalah untuk menerapkan nilai murni disebabkan wujudnya perbezaan latar belakang keluarga dalam kalangan murid prasekolah. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan guru kurang menerapkan nilai murni secara langsung dan tidak berfokus melalui kandungan pengajaran dan pembelajaran. Implikasinya, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seharusnya menambahbaik pelaksanaan KSPK dengan mengutamakan penerapan nilai murni secara menyeluruh melalui seminar, kursus dan bengkel bagi memastikan guru menerapkan nilai murni semasa proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah.