Kesan modul kemahiran hijau dalam reka bentuk dan teknologi terhadap pencapaian pengetahuan murid tahun lima di sekolah rendah (IR)

Kajian ini bertujuan mengkaji kesan penggunaan modul kemahiran hijau (Kh) dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) di sekolah rendah. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah kuasi-eksperimen ujian pra dan pasca. Pensampelan rawak kluster digunakan untuk memilih seramai 62 orang murid T...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Amarumi Alwi
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4698
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengkaji kesan penggunaan modul kemahiran hijau (Kh) dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) di sekolah rendah. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah kuasi-eksperimen ujian pra dan pasca. Pensampelan rawak kluster digunakan untuk memilih seramai 62 orang murid Tahun Lima di sekolah rendah. Seramai 32 orang murid dalam kumpulan rawatan yang menggunakan modul Kh manakala 30 murid kumpulan kawalan menggunakan panduan RBT berdasarkan buku teks selama sembilan minggu. Modul Kh dibangunkan berdasarkan Model ADDIE iaitu Analisis, Reka Bentuk, Pembangunan, Implementasi dan Penilaian. Kandungan modul diperoleh berdasarkan Teknik Dephi Terubah Suai bersama sembilan orang pakar. Terdapat lima elemen pengetahuan dan enam elemen amalan dalam kemahiran hijau dimasukkan dalam Modul Kh. Modul Kh mempunyai kesahan pakar yang tinggi iaitu 80.6%. Data dikumpul melalui ujian pra dan ujian pasca, soal selidik dan penilaian rubrik. Analisis ujian-t sampel bebas dan SPANOVA, digunakan untuk menentukan kesan modul Kh terhadap pencapaian pengetahuan murid. Hasil ujian-t sampel bebas menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan (kawalan, M=74.9, SP=1.70 dan rawatan, M=75.4, SP=1.52) ujian pra pengetahuan terhadap kemahiran hijau bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan iaitu, t(60)=(-1.083); p>0.05 pada aras signifikan, α=0.05 menunjukkan tahap pengetahuan murid sebelum menggunakan modul adalah pada tahap yang setara. Namun dapatan SPANOVA bagi ujian pasca menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kedua-dua kumpulan, F(1,60)=886.749, p<0.05. Tahap amalan dalam topik Sisa mencatatkan nilai min yang tertinggi (M=13, SP=3.13) manakala bagi persepsi sikap pula, aspek kepercayaan dalam sikap terhadap kemahiran hijau menunjukkan nilai yang paling dominan iaitu (M=4.75, SP=0.145). Analisis korelasi Pearson pula menunjukkan wujud hubungan yang kuat dan signifikan di antara tahap pengetahuan dengan persepsi sikap terhadap kemahiran hijau iaitu nilai r=0.791, pada p<0.05. Kesimpulannya, modul Kh berkesan untuk memberikan pengetahuan murid terhadap kemahiran hijau. Implikasi kajian ini adalah modul Kh boleh digunakan oleh guru RBT dalam meningkatkan kompotensi murid RBT dalam kemahiran hijau.