Festival Short+Sweet: format alternatif menggalakkan perkembangan pementasan teater Melayu moden di Malaysia (IR)
Penyelidikan ini dilaksanakan untuk menilai sejauh mana festival Short+Sweet berkemampuan untuk menggalakkan perkembangan pementasan teater Melayu moden di Malaysia. Festival Short+Sweet merupakan sebuah format festival yang diperkenalkan di negara Australia pada tahun 2002. Kesan daripada perkemban...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4707 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penyelidikan ini dilaksanakan untuk menilai sejauh mana festival Short+Sweet berkemampuan untuk menggalakkan perkembangan pementasan teater Melayu moden di Malaysia. Festival Short+Sweet merupakan sebuah format festival yang diperkenalkan di negara Australia pada tahun 2002. Kesan daripada perkembangan dan pengaruh festival ini ke seluruh negara, festival ini telah mendapat gelaran dan pengiktirafan daripada 'World Book Of Record' (2010) yang dikenali sebagai "The Biggest Little Play Festival In The World ". Impak pemberian anugerah dan pengiktirafan tersebut telah berjaya memperlihatkan pementasan teater pendek menjadi pilihan utama kepada penggiat kini. Oleh yang demikian, objektif utama kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti format festival Short+Sweet dan menganalisis elemen format festival Short+Sweet dan seterusnya menilai format ini untuk membuktikan dapat menggalakkan perkembangan pementasan teater Melayu moden. Di Malaysia, Festival Short+Sweet diketengahkan oleh Faridah Merican yang merupakan pemilik Kuala Lumpur Performing Art Centre (KLPAC) bermula pada tahun 2008. Oleh itu,metodologi kajian ini akan menemu bual Faridah Merican sebagai perintis dalam penerbitan festival Short+Sweet dan seterusnya berjaya mengekalkan festival Short+Sweet di Malaysia yang bermula dari tahun 2008 sehingga kini. Penyelidikan ini juga turut menemu ramah beberapa orang penggiat teater yang mempraktikkan format ini sehingga berjaya memperkembangkan dan masih bertahan dalam bidang pementasan teater. Hasil tinjauan kajian mendapati pementasan teater pendek menerusi format festival didapati berkebolehan menggalakkan pertambahan produksi teater, meningkatkan bilangan penggiat teater, mendorong pembangunan khalayak penonton teater, menghasilkan pembaharuan dalam konsep dan gaya pementasan berdurasi 10 minit sahaja, meningkatkan impak promosi dan pasaran ke tahap antarabangsa dan membuka ruang dalam mendapatkan dana dan penajaan. |
---|