Hubungan pengurusan kokurikulum dan penguasaan kemahiran insaniah pelajar sekolah menengah di Klang (IR)
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan pengurusan kokurikulum dan tahap penguasaan kemahiran insaniah pelajar serta hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah. Pendekatan kuantitatif digunakan di dalam kajian ini yang berbentuk tinjauan dan data dikumpulkan melalui soal selidik. Teknik...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4709 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan pengurusan kokurikulum dan tahap penguasaan kemahiran insaniah pelajar serta hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah. Pendekatan kuantitatif digunakan di dalam kajian ini yang berbentuk tinjauan dan data dikumpulkan melalui soal selidik. Teknik pensampelan rawak berstrata digunakan dan sampel terdiri daripada 310 orang pelajar tingkatan empat di lima buah sekolah terpilih di sekitar Klang. Dapatan menunjukkan tiga daripada empat amalan subdimensi pengurusan kokurikulum di sekolah yang dikaji berada pada tahap tinggi iaitu merancang (min = 3.72, SP = 0.87), mengelola (min = 3.45, SP = 0.99) dan mengawal (min = 3.51, SP = 1.03), manakala memimpin berada pada tahap sederhana (min = 3.29, SP = 1.00). Dapatan juga menunjukkan subdimensi tahap penguasaan kemahiran insaniah pelajar adalah tinggi iaitu kemahiran kerja berpasukan (min = 3.83, SP = 0.68), kemahiran kepimpinan (min = 3.77, SP = 0.66), kemahiran kritikal dan penyelesaian masalah (min = 3.75, SP = 0.64), dan kemahiran komunikasi (min = 3.63, SP = 0.62). Analisis Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan tetapi sederhana antara amalan pengurusan kokurikulum dan penguasaan kemahiran insaniah (r = 0.46, p = 0.01). Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa kompetensi guru dalam amalan pengurusan kokurikulum sangat penting dalam membantu kejayaan perlaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum dan seterusnya dalam pembentukan kemahiran insaniah dalam diri pelajar. Implikasi kajian menunjukkan kompetensi guru dalam pengurusan kokurikulum perlu ditingkatkan supaya penerapan kemahiran insaniah kepada pelajar menjadi lebih sistematik dan berkesan |
---|