Kemahiran proses sains dan berfikir dalam subjek sains di sekolah kebangsaan melalui kaedah hermeneutik (IR)

Kajian ini bertujuan menganalisis kemahiran proses sains dan kemahiran berfikir dalam subjek Sains di Sekolah Kebangsaan. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk Hermeneutik telah digunakan dalam kajian ini. Instrumen kajian ini terdiri daripada soal selidik, temu bual, pemerhatian sesi pengajaran...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Maha Lachimi Chelliah
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4710
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan menganalisis kemahiran proses sains dan kemahiran berfikir dalam subjek Sains di Sekolah Kebangsaan. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk Hermeneutik telah digunakan dalam kajian ini. Instrumen kajian ini terdiri daripada soal selidik, temu bual, pemerhatian sesi pengajaran dan lembaran kerja murid. Responden ialah 15 orang guru Sains yang mengajar di Sekolah Kebangsaan di Daerah Hulu Langat. Data dianalisis menggunakan Kaedah Hermeneutik yang berbentuk interpretasi teks. Dapatan kajian menunjukkan guru Sains menghadapi beberapa masalah seperti kesukaran untuk memantau tahap pencapaian murid berdasarkan standard prestasi, kekurangan peralatan sains dan ketiadaan seorang pembantu. Guru juga menghadapi masalah kesuntukan masa pengajaran dan kesukaran menghubungkaitkan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran proses sains. Kajian juga mendapatipelbagai kaedahdigunakan oleh guru untuk mengatasi masalah ini, iaitu dengan mengaplikasikan aktiviti pembelajaran bersama murid, berkongsi peralatan dan penilaian secara berkumpulan serta mengaplikasikan pelbagai aktiviti kemahiran berfikir selaras dengan tahap kefahaman dan pencapaian murid. Kesimpulan kajian ini menunjukkan untuk mengamalkan sistem pengajaran dan pembelajaran yang lebih bersistematik, guru Sains haruslah berkebolehan menguasai kemahiran proses sains dan kemahiran berfikir. Manakala peranan murid haruslah berkebolehan mengintergrasikan kemahiran berfikir dalam pembelajaran kemahiran proses sains. Cadangan kepadapihak kementerian pendidikandan sekolah seharusnya meninjau kembali permasalahan guru Sains dan menambahbaik terhadap pengajaran dan pembelajaran kemahiran proses sains dan kemahiran berfikir di Sekolah Kebangsaan.