Analisis tingkah laku dan penerimaan pelajar terhadap laman perkongsian video pendidikan berfokus (IR)

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku dan penerimaan pelajar terhadap laman perkongsian video pendidikan berfokus. Faktor-faktor penerimaan dikaji berpandukan konstruk model penerimaan teknologi (TAM), seperti tanggapan kebergunaan, tanggapan mudah guna...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sazanah Md Ali
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4714
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id oai:ir.upsi.edu.my:4714
record_format uketd_dc
spelling oai:ir.upsi.edu.my:47142020-02-27 Analisis tingkah laku dan penerimaan pelajar terhadap laman perkongsian video pendidikan berfokus (IR) 2018 Sazanah Md Ali LB Theory and practice of education Kajian ini bertujuan untuk menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku dan penerimaan pelajar terhadap laman perkongsian video pendidikan berfokus. Faktor-faktor penerimaan dikaji berpandukan konstruk model penerimaan teknologi (TAM), seperti tanggapan kebergunaan, tanggapan mudah guna, sikap terhadap penggunaan dan hasrat bertingkah laku. Selain itu, faktor luaran seperti faktor psikologi, sosial, teknologi dan institusi turut ditambah sebagai model lanjutan TAM. Beberapa siri video tutorial mempelajari perisian dalam bentuk screencast dibangunkan dan dimuat naik kepada dua bentuk laman perkongsian video iaitu laman perkongsian video berbentuk pendidikan berfokus (LearnSoftware) dan laman perkongsian video berbentuk media sosial (YouTube) bagi tujuan kajian ini. Soal selidik digunakan sebagai instrumen bagi membandingkan serta menilai tahap penerimaan pelajar terhadap konstruk asal dan lanjutan model TAM yang telah dibina. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan data dikumpulkan daripada 294 orang pelajar yang sedang mengikuti pengajian Multimedia (major dan minor) dari lima buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Hasil ujian T mendapati bahawa wujud perbezaan tahap penerimaan antara laman YouTube dan LearnSoftware dari aspek tanggapan kebergunaan, tanggapan mudah guna dan hasrat bertingkah laku. Dari aspek sikap terhadap penggunaan pula, tidak wujud sebarang perbezaan signifikan. Hasil analisis regresi mendapati faktor psikologi merupakan faktor paling utama dalam menyumbang terhadap pengaruh tanggapan kebergunaan, tanggapan mudah guna, sikap serta hasrat seseorang pelajar untuk menerima dan menggunakan laman perkongsian video pendidikan berfokus. Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan tingkah laku dan penerimaan pelajar terhadap LearnSoftware dan YouTube adalah tidak sama dan aspek psikologi merupakan penyumbang utama terhadap tingkah laku dan penerimaan terhadap laman perkongsian video berbentuk pendidikan berfokus. Implikasinya, dapatan kajian ini dapat memberi manfaat kepada pihak institusi pendidikan, pelajar dan tenaga pengajar serta pembangun laman perkongsian video dalam memahami tingkah laku pelajar terhadap penerimaan dan penggunaan teknologi baru yang diperkenalkan. 2018 thesis https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4714 https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4714 text zsm closedAccess Doctoral Universiti Pendidikan Sultan Idris Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif N/A
institution Universiti Pendidikan Sultan Idris
collection UPSI Digital Repository
language zsm
topic LB Theory and practice of education
spellingShingle LB Theory and practice of education
Sazanah Md Ali
Analisis tingkah laku dan penerimaan pelajar terhadap laman perkongsian video pendidikan berfokus (IR)
description Kajian ini bertujuan untuk menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku dan penerimaan pelajar terhadap laman perkongsian video pendidikan berfokus. Faktor-faktor penerimaan dikaji berpandukan konstruk model penerimaan teknologi (TAM), seperti tanggapan kebergunaan, tanggapan mudah guna, sikap terhadap penggunaan dan hasrat bertingkah laku. Selain itu, faktor luaran seperti faktor psikologi, sosial, teknologi dan institusi turut ditambah sebagai model lanjutan TAM. Beberapa siri video tutorial mempelajari perisian dalam bentuk screencast dibangunkan dan dimuat naik kepada dua bentuk laman perkongsian video iaitu laman perkongsian video berbentuk pendidikan berfokus (LearnSoftware) dan laman perkongsian video berbentuk media sosial (YouTube) bagi tujuan kajian ini. Soal selidik digunakan sebagai instrumen bagi membandingkan serta menilai tahap penerimaan pelajar terhadap konstruk asal dan lanjutan model TAM yang telah dibina. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan data dikumpulkan daripada 294 orang pelajar yang sedang mengikuti pengajian Multimedia (major dan minor) dari lima buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Hasil ujian T mendapati bahawa wujud perbezaan tahap penerimaan antara laman YouTube dan LearnSoftware dari aspek tanggapan kebergunaan, tanggapan mudah guna dan hasrat bertingkah laku. Dari aspek sikap terhadap penggunaan pula, tidak wujud sebarang perbezaan signifikan. Hasil analisis regresi mendapati faktor psikologi merupakan faktor paling utama dalam menyumbang terhadap pengaruh tanggapan kebergunaan, tanggapan mudah guna, sikap serta hasrat seseorang pelajar untuk menerima dan menggunakan laman perkongsian video pendidikan berfokus. Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan tingkah laku dan penerimaan pelajar terhadap LearnSoftware dan YouTube adalah tidak sama dan aspek psikologi merupakan penyumbang utama terhadap tingkah laku dan penerimaan terhadap laman perkongsian video berbentuk pendidikan berfokus. Implikasinya, dapatan kajian ini dapat memberi manfaat kepada pihak institusi pendidikan, pelajar dan tenaga pengajar serta pembangun laman perkongsian video dalam memahami tingkah laku pelajar terhadap penerimaan dan penggunaan teknologi baru yang diperkenalkan.
format thesis
qualification_name
qualification_level Doctorate
author Sazanah Md Ali
author_facet Sazanah Md Ali
author_sort Sazanah Md Ali
title Analisis tingkah laku dan penerimaan pelajar terhadap laman perkongsian video pendidikan berfokus (IR)
title_short Analisis tingkah laku dan penerimaan pelajar terhadap laman perkongsian video pendidikan berfokus (IR)
title_full Analisis tingkah laku dan penerimaan pelajar terhadap laman perkongsian video pendidikan berfokus (IR)
title_fullStr Analisis tingkah laku dan penerimaan pelajar terhadap laman perkongsian video pendidikan berfokus (IR)
title_full_unstemmed Analisis tingkah laku dan penerimaan pelajar terhadap laman perkongsian video pendidikan berfokus (IR)
title_sort analisis tingkah laku dan penerimaan pelajar terhadap laman perkongsian video pendidikan berfokus (ir)
granting_institution Universiti Pendidikan Sultan Idris
granting_department Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
publishDate 2018
url https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4714
_version_ 1747833138437947392