Kesan imageri dan modeling terhadap prestasi conversion kick, hantaran dan tackle dalam kalangan pemain ragbi remaja (IR)

kombinasi kedua-dua intervensi terhadap prestasi sukan ragbi. Dua kajian telah dijalankan, objektif utama kajian 1 adalah untuk menilai kesan ketiga-tiga intervensi terhadap prestasi conversion kick. Seramai 60 orang peserta terdiri daripada ahli kelab rugby sekolah telah di jemput untuk menyertai k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Huzairi Mohd Sani
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4718
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:kombinasi kedua-dua intervensi terhadap prestasi sukan ragbi. Dua kajian telah dijalankan, objektif utama kajian 1 adalah untuk menilai kesan ketiga-tiga intervensi terhadap prestasi conversion kick. Seramai 60 orang peserta terdiri daripada ahli kelab rugby sekolah telah di jemput untuk menyertai kajian. Peserta dibahagikan kepada empat kumpulan yang terdiri daripada kumpulan kawalan (K), Imageri (I), Modeling (M) dan kombinasi Imageri dengan Modeling (IM) dengan bilangan peserta yang sama. Kumpulan intervensi menggunakan imageri audio dan video modeling (model rakan) selama empat minggu dengan kekerapan tiga kali seminggu. Kaedah ujian pra, intervensi dan ujian pasca digunakan dalam kajian ini. Keputusan analisis Ujian T menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam kumpulan M dan IM, manakala kumpulan K dan I tidak menunjukkan perubahan yang signifikan. Ujian ANOVA sehala pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan I dan M, kumpulan I dan IM dan kumpulan K dan IM. Sementara itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan K dan I, kumpulan I dan M dan kumpulan M dan IM. Dalam kajian dua, kaedah single case multiple baseline (ABA) digunakan bagi menilai keberkesanan intervensi audio imageri dan video modeling (model pakar) pada kemahiran menghantar dan tackle dalam kejohanan sebenar. Seramai empat pemain ragbi yang mewakili sekolah menyertai kajian ini. Kajian yang kedua mengandungi 13 kejohanan yang dijalankan selama lima bulan. Teknik visual inspection dan analisis split middle berbentuk graf digunakan semasa fasa baseline (A), fasa intervensi (B) dan fasa pengekalan (A1). Keputusan menunjukkan garisan trend dan min prestasi setiap peserta adalah positif dan meningkat dari fasa A ke fasa B, sebaliknya trend negatif terdapat pada fasa B ke A1 tetapi prestasi peserta adalah lebih baik berbanding dengan fasa A. Implikasi kajian ini mendapati bahawa latihan imageri dan modeling boleh membantu peningkatan kemahiran peserta ragbi di kalangan pemain remaja sekolah. Kesimpulannya, kedua- dua kajian menunjukkan bahawa intervensi imageri dan video modeling mempunyai potensi untuk meningkatkan prestasi bagi kemahiran tertutup dan terbuka, semasa latihan dan pertandingan sebenar, bagi atlet baru dan atlet yang berpengalaman, kajian jangka masa pendek (empat minggu) atau kajian jangka masa panjang (lima bulan) dan sama ada menggunakan model rakan atau pakar.