Perbandingan pemikiran al-Farabi dengan al-Dihlawi tentang konsep nubuwwah dalam kitab Ara Ahl al-Madinah al-Fadilah dan Hujjah Allah al-Balighah (IR)

Penyelidikan ini bertujuan untuk membandingkan konsep nubuwwah mengikut perspektif al-Farabi (m. 950M) dan al-Dihlawi (m. 1763M) berdasarkan kitab Ara’ Ahl al-Madinah al-Fadilah dan Hujjah Allah al-Balighah. Kajian ini juga mengkaji rahsia syariat (asrar al-syari‘ah) dan kebenara...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Nazri Mat Zin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4719
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini bertujuan untuk membandingkan konsep nubuwwah mengikut perspektif al-Farabi (m. 950M) dan al-Dihlawi (m. 1763M) berdasarkan kitab Ara’ Ahl al-Madinah al-Fadilah dan Hujjah Allah al-Balighah. Kajian ini juga mengkaji rahsia syariat (asrar al-syari‘ah) dan kebenaran perutusan para Nabi sebagaimana yang diketengahkan oleh kedua-dua tokoh tersebut. Penyelidikan ini berbentuk kualitatif secara penyelidikan kepustakaan. Ia menggunakan metode induktif, deduktif dan komparatif dalam menganalisis data-data penyelidikan dan membuat perbandingan terhadap pemikiran kedua-dua tokoh. Dapatan kajian mendapati bahawa kriteria al- quwwah al-mutakhayyalah (daya imaginasi) dan mufahhamun (golongan yang diberi faham) merupakan sifat para Nabi yang telah berjaya membangunkan peradaban tamadun manusia. Penjelasan konsep nubuwwah al-Farabi secara rasional dan al- Dihlawi berdasarkan wahyu telah membenarkan perutusan risalah para Nabi dalam membangunkan ummah. Justeru, para Nabi boleh dijadikan model kepada ummah khususnya pemimpin dalam membina sebuah negara yang unggul. Di samping itu, hujah-hujah yang dikemukakan oleh kedua-dua tokoh tersebut tentang kebenaran para Nabi dapat menyangkal keingkaran golongan anti hadis dan nabi palsu dalam kalangan masyarakat kini. Namun, penyelidikan yang lebih komprehensif pada masa hadapan perlu dilaksanakan bagi memperkemaskan lagi pemahaman tentang konsep nubuwwah tersebut.