Pembinaan model pengajaran kemahiran menulis karangan berdasarkan teori konstruktivisme (IR)

Kajian ini bertujuan untuk membina model pengajaran kemahiran menulis berdasarkan teori konstruktivisme. Sehubungan dengan itu, kajian ini mengenal pasti amalan pengajaran guru, meneroka pengetahuan guru berkaitan penggunaan teori konstruktivisme dalam pengajaran karangan dan mengenal pasti ciri-cir...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Norafidah Noralidin
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2017
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4720
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk membina model pengajaran kemahiran menulis berdasarkan teori konstruktivisme. Sehubungan dengan itu, kajian ini mengenal pasti amalan pengajaran guru, meneroka pengetahuan guru berkaitan penggunaan teori konstruktivisme dalam pengajaran karangan dan mengenal pasti ciri-ciri konstruktivisme dalam pengajaran kemahiran menulis karangan. Reka bentuk kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah fenomenologikal. Kajian ini dilaksanakan sebanyak dua fasa yang setiap satu fasa dibahagikan kepada dua peringkat. Setiap satu peringkat dalam kajian ini akan menjawab soalan kajian yang ditetapkan. Pemilihan peserta kajian berdasarkan kaedah peserta bertujuan yang melibatkan tiga orang guru Bahasa Melayu tingkatan dua yang mengajar di sebuah daerah di Papar Sabah. Enam instrumen digunakan dalam kajian ini iaitu senarai semak, nota lapangan, rancangan pengajaran harian guru, refleksi pengajaran guru dan transkripsi temu bual dan rakaman video. Data dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru masih mengamalkan pengajaran berpusatkan murid dan buku teks menjadi bahan utama dalam pengajaran. Guru juga didapati menekankan proses pengajaran karangan berbanding proses pembelajaran murid dalam pengajaran kemahiran penulisan. Kajian juga mendapati bahawa guru mempunyai pengetahuan berkaitan penggunaan teori konstruktivisme dalam pengajaran kemahiran penulisan. Selain itu, didapati bahawa ciri-ciri asas dalam teori konstruktivisme telah diaplikasikan oleh guru dalam pengajaran kemahiran penulisan. Antaranya ialah pengajaran berpusatkan murid, guru berperanan sebagai fasilitator, aktiviti pembelajaran berkumpulan , penilaian kendiri dalam kalangan murid dan berlaku proses pembinaan pengetahuan baharu. Implikasinya, kajian ini telah berjaya membina satu model pengajaran kemahiran menulis karangan berdasarkan teori konstruktivisme.