Pengaruh efikasi kendiri guru pra perkhidmatan terhadap kesediaan kepimpinan guru (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap efikasi kendiri guru dan kesediaan kepimpinan guru dalam kalangan guru pra perkhidmatan. Ia juga bertujuan untuk mengenal pasti hubungan dan pengaruh efikasi kendiri guru terhadap kesediaan kepimpinan guru. Kajian ini adalah kajian kuantitatif yang men...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Masturah Zainal Abidin
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2018
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4738
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap efikasi kendiri guru dan kesediaan kepimpinan guru dalam kalangan guru pra perkhidmatan. Ia juga bertujuan untuk mengenal pasti hubungan dan pengaruh efikasi kendiri guru terhadap kesediaan kepimpinan guru. Kajian ini adalah kajian kuantitatif yang menggunakan dua jenis instrumen soal selidik iaitu Skala Efikasi Kendiri Guru dan Kesediaan Kepimpinan Guru. Seramai 256 orang guru pra perkhidmatan yang berada di semester lapan di sebuah universiti telah dipilih sebagai sampel kajian melalui pensampelan berstrata. Data dianalisis secara deskriptif dan inferens. Hasil kajian menunjukkan efikasi kendiri guru (M = 6.91, SD = 0.96) dan kesediaan kepimpinan guru (M = 3.95, SD = 0.40) berada pada tahap tinggi. Efikasi kendiri guru mempunyai hubungan signifikan yang positif dengan kesediaan kepimpinan guru dengan nilai r(256) = 0.59, p<0.05). Hasil analisis regresi linear mudah menunjukkan efikasi kendiri guru pra perkhidmatan mempengaruhi kesediaan kepimpinan guru pada nilai R2 = .35, F(134.749), p<0.05. Kesimpulannya, efikasi kendiri guru merupakan faktor penting dalam menyediakan kesediaan kepimpinan guru. Implikasi kajian ini, ianya adalah antara perintis kepada kajian pembangunan profesional di peringkat program persediaan guru.