Pembangunan item bidang perkaitan, analisis proses kognitif dan strategi dalam menyelesaikan masalah matematik berdasarkan model taksonomi pemprosesan maklumat (IR)

Kajian ini bertujuan membangunkan lima item bidang Perkaitan bagi memenuhi lima tahap hierarki Model Taksonomi Pemprosesan Maklumat (TPM). Seterusnya, kajian ini juga bertujuan menganalisis proses kognitif menggunakan item yang dibina dan mengenal pasti strategi murid dalam menyelesaikan masalah mat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Teng, Kai Wen
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4747
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan membangunkan lima item bidang Perkaitan bagi memenuhi lima tahap hierarki Model Taksonomi Pemprosesan Maklumat (TPM). Seterusnya, kajian ini juga bertujuan menganalisis proses kognitif menggunakan item yang dibina dan mengenal pasti strategi murid dalam menyelesaikan masalah matematik. Lima item yang dibina disahkan oleh dua orang pakar serta ditentukan kebolehpercayaannya. Reka bentuk tinjauan menggabungkan kaedah ujian bertulis dan temu bual separa berstruktur digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian fasa kedua melibatkan sembilan orang murid tingkatan empat dari sebuah sekolah menengah di Daerah Seremban dipilih secara teknik persampelan bertujuan dan dikategorikan kepada murid berpencapaian cemerlang, sederhana dan lemah. Dua instrumen digunakan dalam kajian ini iaitu Ujian Penyelesaian Masalah dan Protokol Temu Bual Separa Berstruktur. Kesahan pakar dinilai daripada nilai indek persetujuan Cohen Kappa dan penentuan kebolehpercayaan menggunakan nilai indeks diskriminasi dan kesukaran. Manakala, data temu bual pula dianalisis secara analisis kandungan. Kajian ini berjaya membina lima item bidang Perkaitan dengan indeks persetujuan Cohen Kappa ialah 0.8 serta indeks diskriminasi dan kesukaran yang sesuai mengikut tahap hierarki TPM. Dapatan kajian juga menunjukkan murid berpencapaian cemerlang dapat mempamerkan proses kognitif dengan lengkap dan sempurna pada setiap tahap hierarki TPM. Manakala murid berpencapaian sederhana dan lemah menghadapi masalah untuk mencungkil maklumat di memori jangka panjang, terutamanya bagi mengaktifkan sistem pengeluar maklumat sekunder yang diperlukan dalam tahap hierarki empat dan lima. Selain itu, terdapat enam strategi yang digunakan oleh murid pelbagai pencapaian bagi menyelesaikan masalah matematik iaitu strategi melukis gambar rajah, aritmetik, algebra, unitari atau kadaran, formula dan penggantian atau pemansuhan. Kesimpulannya, lima item Perkaitan memenuhi lima tahap hierarki TPM serta dapat digunakan untuk mempamerkan proses kognitif pelbagai tahap pencapaian murid. Implikasinya, pembinaan item dalam soalan penyelesaian masalah matematik perlu menitikberatkan tahap dan ciri-ciri hieraki TPM supaya pentaksiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran lebih efisien.