Keberkesanan pembelajaran koperatif Team Game Tournament (TGT) ke atas pencapaian,pemikiran kritis dan motivasi pelajar dalam topik formula dan persamaan kimia (IR)

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk menguji keberkesanan pembelajaran koperatif TGT ke atas pencapaian, pemikiran kritis dan motivasi pelajar dalam topik Formula dan Persamaan Kimia. Kajian kuantitatif ini menggunakan reka bentuk eksperimen kuasi yang melibatkan 33 orang pelajar tingkata...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norlailatulakma Bolhassan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4758
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk menguji keberkesanan pembelajaran koperatif TGT ke atas pencapaian, pemikiran kritis dan motivasi pelajar dalam topik Formula dan Persamaan Kimia. Kajian kuantitatif ini menggunakan reka bentuk eksperimen kuasi yang melibatkan 33 orang pelajar tingkatan empat dalam kumpulan rawatan dan 34 orang dalam kumpulan kawalan. Data dikutip dengan menggunakan ujian pencapaian, ujian pemikiran kritis, dan ujian motivasi. Data dianalisis dengan menggunakan ujian-t, analisis ANCOVA dan korelasi Pearson. Analisis ujian-t sampel tak bersandar menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam min skor pencapaian kumpulan rawatan yang lebih tinggi berbanding min skor pencapaian kumpulan kawalan. Hasil analisis ANCOVA pula menunjukkan wujud kesan kaedah koperatif TGT yang signifikan terhadap pencapaian, pemikiran kritis dan motivasi pelajar apabila ujian pra dikawal. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian dengan pemikiran kritis, motivasi dengan pencapaian, dan pemikiran kritis dengan motivasi pelajar. Kesimpulannya, kaedah pembelajaran koperatif TGT lebih berkesan dalam meningkatkan pencapaian, pemikiran kritis dan motivasi pelajar berbanding kaedah pembelajaran tradisional yang hanya bergantung kepada latih tubi dan kuiz. Implikasinya, pembelajaran koperatif TGT boleh digunakan sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran kimia untuk meningkatkan pencapaian, pemikiran kritis dan motivasi pelajar.