Analisis hubungan antara gaya pembelajaran dan kemahiran berfikir aras tinggi dengan pencapaian Matematik murid tingkatan satu (IR)

Kajian tinjauan ini dijalankan bertujuan menentukan gaya pembelajaran dominan, tahap kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid serta menganalisis hubungan antara gaya pembelajaran dan tahap KBAT terhadap pencapaian matematik dalam kalangan murid Tingkatan Satu di Daerah Larut, Matang dan Selama, P...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Raiqah Qudsiyah Ridzuan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4760
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian tinjauan ini dijalankan bertujuan menentukan gaya pembelajaran dominan, tahap kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid serta menganalisis hubungan antara gaya pembelajaran dan tahap KBAT terhadap pencapaian matematik dalam kalangan murid Tingkatan Satu di Daerah Larut, Matang dan Selama, Perak. Sampel kajian terdiri daripada 337 orang murid yang dipilih menggunakan teknik persampelan rawak berstrata. Tiga jenis instrumen digunakan bagi pengumpulan data iaitu, Soal Selidik Gaya Pembelajaran, Ujian KBAT dan Ujian Pencapaian Matematik. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu, frekuensi, peratus dan min manakala statistik inferensi melibatkan pelaksanaan ujian MANOVA, ujian-t dan korelasi Pearson. Dapatan menunjukkan bahawa gaya pembelajaran dominanmengikut gaya pembelajaran Dunn dan Dunn ialah gaya pembelajaran emosional dan sosiologikal, KBAT murid berada pada tahap yang rendah manakala pencapaian matematik pula berada pada tahap pencapaian memuaskan, iaitu gred D. Dapatan juga menunjukkan bahawa murid mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza mengikut jantina dan didapati murid perempuan mempunyai tahap KBAT dan pencapaian matematik yang lebih tinggi berbanding murid lelaki. Selain itu, dapatan menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran psikologikal dengan pencapaian matematik tetapi tidak signifikan bagi gaya pembelajaran persekitaran, emosional, sosiologikal dan fizikal. Terdapat juga hubungan yang signifikan antara tahap KBAT dengan pencapaian Matematik murid Tingkatan Satu. Kesimpulannya, walaupun gaya pembelajaran emosional dan sosiologikal adalah merupakan gaya pembelajaran yang dominan, namun gaya pembelajaran psikologikal turut memberi sumbangan terhadap pencapaian matematik, manakala KBAT turut memberi sumbangan sebanyak 30% kepada pencapaian matematik. Implikasinya, kajian ini dapat memberi gambaran tentang tahap KBAT murid dan kecenderungan gaya pembelajaran murid agar langkah-langkah yang sesuai dapat diambil dalam meningkatkan pencapaian Matematik murid.