Penilaian pendekatan pembezaan pengajaran terhadap pencapaian dan sikap murid dalam tajuk ikatan kimia (IR)

Kajian kuasi eksperimen ini bertujuan menilai pendekatan pembezaan pengajaran terhadap pencapaian dan sikap murid terhadap kimia. Teknik pensampelan rawak mudah digunakan dalam kajian ini yang melibatkan dua buah sekolah menengah harian dari daerah Kuala Kangsar, Perak. Seramai 73 orang murid tingka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Shafiza Hanim Azizan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4764
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian kuasi eksperimen ini bertujuan menilai pendekatan pembezaan pengajaran terhadap pencapaian dan sikap murid terhadap kimia. Teknik pensampelan rawak mudah digunakan dalam kajian ini yang melibatkan dua buah sekolah menengah harian dari daerah Kuala Kangsar, Perak. Seramai 73 orang murid tingkatan empat terlibat dalam kajian ini yang mengikuti pendekatan pembezaan pengajaran inkuiri 5E dan pengajaran inkuiri 5E bagi tajuk ikatan kimia yang berlangsung selama dua minggu. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah Ujian Pencapaian Kimia dan Soal Selidik Sikap Terhadap Kimia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor min ujian pra antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Apabila perbezaan dalam skor min ujian pra dilaraskan, didapati pendekatan pengajaran tidak menunjukkan kesan yang signifikan terhadap skor min ujian pasca. Ini bermakna, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min ujian pasca antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Kajian ini juga mendapati kedua-dua kumpulan eksperimen dan kawalan menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam ujian pra dan ujian pasca bagi Ujian Pencapaian Kimia. Kajian juga mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam sikap terhadap kimia antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Kesimpulannya, pendekatan pembezaan pengajaran tidak mempunyai kesan yang signifikan terhadap pencapaian murid tetapi menunjukkan kesan yang signifikan dalam sikap murid terhadap kimia. Implikasinya, pendekatan pembezaan pengajaran dapat menggalakkan penglibatan murid secara aktif semasa pembelajaran dan memupuk sikap positif murid terhadap kimia. Oleh itu, pendekatan pembezaan pengajaran boleh menyokong dan memudahkan pembelajaran murid dalam kimia.