Kesan program kesejahteraan psikologi menggunakan kaedah bermain kepada kanak-kanak sekolah rendah (IR)

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kesan intervensi Program Kesejahteraan Psikologi menggunakan kaedah bermain ke atas Kesejahteraan Psikologi kanak- kanak sekolah rendah. Subjek terdiri daripada rnurid-murid berumur 11 tahun (N =123 ) di sebuah sekolah di negeri Selangor. Tujuan kajian ini a...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norsayyidatina Che Rozubi
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4773
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kesan intervensi Program Kesejahteraan Psikologi menggunakan kaedah bermain ke atas Kesejahteraan Psikologi kanak- kanak sekolah rendah. Subjek terdiri daripada rnurid-murid berumur 11 tahun (N =123 ) di sebuah sekolah di negeri Selangor. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti kesan program ke atas kesejahteraan psikolcgi, kepuasan hidup dan penghargaan kendiri di antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan kanak- kanak sekolah rendah serta menentukan perbezaan peningkatan berdasarkan jantina antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Selain itu, kajian ini juga dilaksanakan untuk melihat hubungan di antara kesejahteraan psikologi, kepuasan hidup dan penghargaan kendiri. Kajian juga dilaksanakan untuk memastikan hasil intervensi program untuk kumpulan rawatan dapat dikekalkan. Dengan menggunakan reka bentuk kajian eksperimen sebenar, pemilihan subjek kajian dilakukan secara rawak dibahagikan antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Instrumen Skala Kesejahteraan Psikologi, Skala Kepuasan Hidup dan Skala Penghargaan Kendiri digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan MANCOVA, Korelasi Pearson dan Pengukuran Berulang- MANOVA. Hasil kajian mendapati bahawa Intervensi Program Kesejahteraan Psikologi dapat meningkatkan kesejahteraan psikologi, kepuasan hidup dan penghargaan kendiri kanak- kanak sekolah rendah. Dari aspek kesan program, menunjukkan hasil yang sama antara kanak- kanak lelaki dan perempuan selepas program dilaksanakan. Kajian juga mendapati terdapat hubungan di antara kesejahteraan psikologi dengan penghargaan kendiri kanak- kanak sekolah rendah. Selain itu, program ini berjaya mengekalkan tahap kesejahteran psikologi, kepuasan hidup dan penghargaan kendiri kanak- kanak untuk jangka masa panjang