Pembinaan model pembelajaran profesional berasaskan sekolah di sekolah menengah harian di Malaysia (IR)

Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti hubungan antara peranan pemimpin pembelajaran profesional berasaskan sekolah dan model-model pembelajaran profesional dengan amalan guru. Kajian ini telah dijalankan di 41 buah sekolah menengah harian di Malaysia manakala maklumat diperoleh melalui...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mahaliza Mansor
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2013
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4776
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti hubungan antara peranan pemimpin pembelajaran profesional berasaskan sekolah dan model-model pembelajaran profesional dengan amalan guru. Kajian ini telah dijalankan di 41 buah sekolah menengah harian di Malaysia manakala maklumat diperoleh melalui soal selidik yang diedarkan kepada 372 orang guru yang dipilih melalui pensampelan kelompok pelbagai peringkat. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferens iaitu analisis ANOVA, korelasi, regresi dan model persamaan struktural. Kajian ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan dalam model-model pembelajaran profesional dan amalan guru berdasarkan elemen demografi kecuali pengalaman mengajar. Kajian menunjukkan terdapat perhubungan berstruktur yang signifikan antara peranan pemimpin pembelajaran profesional, model-model pembelajaran profesional dan amalan guru. Analisis model persamaan struktural untuk mengukur kesepadanan model dengan sampel yang dipilih adalah signifikan. Implikasi kajian ini ialah keperluan untuk mengaplikasi model-model pembelajaran yang pelbagai seperti pembelajaran arahan kendiri, latihan, kajian tindakan, kumpulan pembelajaran serta portfolio profesional secara optimum sesuai dengan persekitaran sekolah bagi memberi impak positif terhadap perkembangan profesional guru.