Pembinaan model pembelajaran profesional berasaskan sekolah di sekolah menengah harian di Malaysia (IR)

Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti hubungan antara peranan pemimpin pembelajaran profesional berasaskan sekolah dan model-model pembelajaran profesional dengan amalan guru. Kajian ini telah dijalankan di 41 buah sekolah menengah harian di Malaysia manakala maklumat diperoleh melalui...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Mahaliza Mansor
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2013
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4776
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti hubungan antara peranan pemimpin pembelajaran profesional berasaskan sekolah dan model-model pembelajaran profesional dengan amalan guru. Kajian ini telah dijalankan di 41 buah sekolah menengah harian di Malaysia manakala maklumat diperoleh melalui soal selidik yang diedarkan kepada 372 orang guru yang dipilih melalui pensampelan kelompok pelbagai peringkat. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferens iaitu analisis ANOVA, korelasi, regresi dan model persamaan struktural. Kajian ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan dalam model-model pembelajaran profesional dan amalan guru berdasarkan elemen demografi kecuali pengalaman mengajar. Kajian menunjukkan terdapat perhubungan berstruktur yang signifikan antara peranan pemimpin pembelajaran profesional, model-model pembelajaran profesional dan amalan guru. Analisis model persamaan struktural untuk mengukur kesepadanan model dengan sampel yang dipilih adalah signifikan. Implikasi kajian ini ialah keperluan untuk mengaplikasi model-model pembelajaran yang pelbagai seperti pembelajaran arahan kendiri, latihan, kajian tindakan, kumpulan pembelajaran serta portfolio profesional secara optimum sesuai dengan persekitaran sekolah bagi memberi impak positif terhadap perkembangan profesional guru.